Wednesday, November 14, 2012

Rezeki Maal Hijrah. Alhamdulillah..


Rezeki Allah beri. Bahagia ini juga rezeki. Dia yang beri. Dugaan yang berlalu juga rezeki. Kita ambil sebagai bekal untuk melangkah ke hadapan. Sahabat juga rezeki. Mak, ayah, adik-beradik juga rezeki, yang menjadikan kita sebagai diri kita yang sekarang. Baik atau buruk semuanya rezeki dari Dia. Pokoknya kita sendiri yang wajib mencari hikmah dari setiap satu perkara yang Allah rezekikan.. 

Melangkah ke tahun baru.. Aku mohon sajikan aku dengan yang baik-baik. Yang pahit takpe.. Asalkan yang menyembuhkan seperti ubat.. atau.. lebih baik DIAM.. :) 

Datangi aku dengan niat mendorong aku menjadi #akuyanglebihbaik. Aku doakan untukmu kebaikan yang berkali ganda dari tuhanmu.. Agar sama-sama kita mendapat redhaNya.. Agar dinoktahkan tugas kita di bumiNya ini dalam keadaan baik.. 

Salam Maal Hijrah buat semua. 

Monday, October 29, 2012

Building a beautiful mind..


Is it a hard process? Or is it not? 
Just spare spaces for good things and never let the bad things come closer.

A struggling is in need. Everytime. No one helps if it is not from Him. You walk the path alone at the startline. But no one tells if at the end of road, you will be holding hands.

All from him. Possibilities in every options. Bismillah. Grab His love and mercy. We will be fine. Insyaallah.

Friday, August 17, 2012

Salam Aidilfitri 1433H

Mendoakan kesejahteraan dan kegembiraan buat semua. Ambil kesempatan cuti panjang kali ini mengeratkan, juga menghubungkan kembali silaturrahim sesama kita..

Buang yang keruh, ambil yang jernih.. Tak selamanya kita akan berada dalam situasi ini. Biar suka mahupun duka..

Selagi hidup sebagai manusia/hamba kepada tuannya yang satu itu.. Kita pasti akan terus diuji.. Berbahagialah dengan ujian itu.. Sesungguhnya Dia sangat hampir, memberi perhatian.. :)

Allahu Akbar!


Sunday, August 12, 2012

Tak Mahu Serik Memberi..

Assalamualaikum.. Selamat pagi.. Salam Ramadhan.. Dah nak ke penghujung.. I am sure gonna miss a lot.. Things have been quite brutal these days towards the inner me.. BUT Alhamdulillah the peace I need has been granted back to me.. Thank you Allah..

Mashaallah.. Kuat sangat meminta sejak kebelakangan ni.. BERASA sedang diberi perhatian.. and I am loving this goodfeeling.. :-)

Janji DIA benar.. I asked for them.. tak semua DIA beri.. tapi aku sudah sepatutnya bersyukur bila masih diberi peluang untuk merendahkan hati, serendah-rendahnya untuk terus meminta.. Alhamdulillah, cukup KAU tempatkan ketenangan di hati ini.. untuk aku terus bersabar.. kerana yakin, KAU bersama mereka yang SABAR.. Maka jika aku mahu bersamaMU sentiasa.. Aku perlu didik hati yang mudah panas ini.. berSABAR..

Hari semalam. Banyak juga KAU buat minda aku bekerja.. Terima kasih Ya Rabb..

Dari manjanya PIA, sakit tapi cekalnya seorang tua berbangsa cina (girlfriend ayah ;-) yang sedang merelakan sel² kanser memakan tubuhnya yang kecil itu.. Ya Allah, mudahkan ia.. Aku jadi hidup.. Mahu terus hidup begini ya Allah.. Mahu terus hidup dengan mata hati yang celik ini..

Mahu terus merasai rahmat, kasih sayangMU yang Maha Luas ya Rabb.. Mahu terus diberi peluang untuk TIDAK SERIK MEMBERI dan TIDAK BERHARAP untuk sekalipun MENERIMA.. biarkanlah aku terus redha dengan apa yang telah, sedang dan akan KAU tetapkan yang terbaik untukku.. in form of shine or rain.. :-) semuanya pasti bersama HIKMAH..

Sent from Catch Notes for Android https://catch.com

Saturday, July 14, 2012

Tok

Biologically mine has gone long ago.. from both sides of mak and ayah.. But I am so blessed to have another one coming.. recently.. she would wait the glance of my redsavvy at around 6pm every evening and wave to us - never fails.. at times, she would ask me to come up to the house only to have me join them for tea.. or early dinner..

Was so touched that makcu told me just now.. yesterday she stayed and waited for almost half an hour at the windows only to notice that later, I was not there to wave and smile back at her.. I went back earlier than usual.. :'(

Oh Tok.. how I wish to have you stay in Telok so that your feet would be able to touch the ground.. to see you inhale the fresh air in kampung.. again.. Tok, thank you for this good feeling.. Oh Allah.. blessed her with health.. happiness.. husnulkhotimah.. Amin.. Ya Rabbal Alamin..

Friday, July 6, 2012

Insyaallah akan semakin baik..

Semangat ini seperti bayi baru lahir rasanya.. bagai baru dapat melangkah masuk kembali ke dunia lama yang telah lama ditinggal.. dengan bekalan buku baru.. azam kali ini mahu pencatat amal setia yang disebelah kanan sibuk dengan tugasnya.. yg di kiri.. rehatlah sebanyaknya.. :-)

Maafkan aku ya tuhan.. jangan kau serahkan aku pada diriku lagi.. kau uruskanlah urusan diri ini.. supaya aku sentiasa dapat merasa setenang ini.. uruskan juga urusan insan² kesayangan.. supaya mereka turut sama merasa..

Allahumma amin..

Friday, June 15, 2012

Tercipta Untuk Diuji

#istighfar

Hati semakin tak sihat. Terdesak keluar dari daerah ini. Dengan segera. Tidak mungkin dapat kubawa jasad. Baik lagi berpindahlah hati. Sandarkan kembali pada yang hak. Baiki semula silaturrahim. 

29 yang telah berlalu. Hidup bermakna dengan institusi yang Dia telah takdirkan. Dalam suka, mahupun duka. Kepercayaan masih teguh. Tapi kini dalam kondisi diri sedikit rapuh. Perlu sendiri mencari kekuatan. Kekuatan yang sama pernah Dia berikan. Dalam kembara solo jalani kehidupan. 

Bakal bertemu jutaan pemilik hati yang ikhlas menghulur. Bagi melepas lelah. Dan cukup balasannya hanya selirik senyum. Kerana yakin tiada satu pun yang kita punya.. Dalam kembara menuju Ilahi.. tiada satu umat pun yang mampu memuliakan diri.. tidak juga ada yang berhak menghinakan yang lain.. Hanya Dia.. Jadi, tenanglah wahai hati.. Bukankah terciptanya ia untuk diuji..?

Thursday, May 10, 2012

Dia Sedang Beri Perhatian..

Assalamualaikum.. it is time.. untuk tidur.. tapi mata beri izin untuk hati dan minda terus berkomunikasi.. lama tak blog katanya.. dah macam tak difungsi.. semalam, hati ni diarah masuk ke blog skrinepal.. membuat hati rindu nak kembali.. di sini pernah jadi teman.. tak perlu ada tapi ia ada..

Badai melanda.. ada yang menjadi korban.. tapi, keyakinan bahawa dari setiap kejadian, sama ada yang kita mahu atau tidak.. pasti di sebaliknya terkandung hikmah.. bagi siapa saja yang mahu buka sedikit minda dan hati..

Saya mahu, saya berazam jalani hidup dengan ilham yang datang lewat doa yang dipohon.. jiwa lain tak mungkin dapat faham, sejelas saya memahami diri saya.. Saya mahu redha Dia.. hanya Dia.. jadi tolonglah.. kepada insan-insan kesayangan yang sentiasa dekat, bantu saya.. tunjukkan pilihan.. bukan tentukan jalan mana yang harus saya lalui.. itu mungkin jalan kamu, mungkin juga jalan saya, ada kemungkinan juga itu bukan juga jalan saya.. bukan juga jalan kamu.. tapi Dia, pasti berikan ilham untuk kita buat pilihan.. dan belajar dari pilihan yang dibuat.. walau apa jua hasilnya.. Dia sedang beri perhatian..

Friday, April 13, 2012

tak mahu yang lain..

Bahagia tu juga rezeki kan.. bila ingatan dan penghargaan datangnya dari jauh.. bila harapan dari yang dekat nampaknya tiada tanda dilayan.. bukan diharap tapi kalau tak mampu memudahkan.. sekurangnya usahlah menyukarkan.. tapi hati.. kuatnya ia bukan dari siapa.. kerana hingga sekarang ia semakin kuat memperjuangkan..

maafkan mereka atas usaha menyukarkan.. kerana semakin mereka rasa telah berjaya membuat jalan tak berdosa itu sukar, semakin rezeki datang menyapa.. rezeki dari ALLAH.. Alhamdulillah.. mereka mungkin sahaja tak mampu mengerti.. buatlah bagaimanana pun.. selagi aku percaya.. kekuatan ini dari DIA.. aku akan terus berusaha.. hasilnya aku serahkan pada yang MAHA RENCANA.. harapan ini, sandaran hanya pada ALLAH.. 

Terima kasih Mummy,
Terima kasih Nia,
Terima kasih Dina..

Andai benar kasih ini akan kamu bawa ke liang lahad..
Saat ini aku tak mahu yang lain..

Biarkan mereka..
Biarkan yang lainnya penat..
Dan akhirnya kembali dapatkan qalamMU..
Untuk hidupkan kembali hati yang menuju mati..
Sebelum roh benar-benar pergi tinggalkan diri..

Ya Allah.. peliharalah aku di penghujung nyawaku..
dan insan-insan kesayanganku..
Amin..

Thursday, March 22, 2012

manusia aneh

Salahnya dia, bukan kerana hukum yang dengan jelas membenarkan, tapi sikap kita sendiri yang MAHU JADI TUHAN.. Aneh.. Destinasi kita nanti cuma dua.. SYURGA atau NERAKA.. Dan kita sama-sama tahu siapa yang tentukan.. Jadi hiduplah BERHUKUM.. Jangan BONGKAK..

Saturday, January 21, 2012

menjadi diri sendiri.. itu satu pilihan

pilihan untuk terus bebas seperti burung.. bebas yang cuma dapat dirasa, hanya terkadang dapat dilihat.. dan andai tidak terlihat.. itu tidak sepenting bila kepuasan mengatasi lagu cinta sedunia.. ahha.. dah mula merepek.. aku takkan berubah demi kamu.. tapi insyaallah akan cuba berubah untuk kebaikan aku, kamu dan insan kesayangan aku dan kamu.. jadi untuk menuntut perubahan dari aku.. aku tuntut kamu fahami dunia insan lain yang memiliki aku dan kamu.. dan sandaran hanya kepada ALLAH.. DIA juga yang menentukan.. dan yakinlah bahawa dengan doa.. dengan kuasa hanya Yang Maha Esa takdir bisa diubah.. jadi kita sandarkan kepada Dia yang berhak..

Assalamualaikum.. warahmatullahi wabarakatuh.. :)

Sunday, January 15, 2012

aku maafkan kamu

saudaraku..
untunglah kamu kalau boleh bertindak lebih berani..
kerana baiknya kita sama-sama akan dapat..
untunglah kalau kamu berani suarakan isi hati..
kerana baiknya kita sama-sama akan dapat..
untunglah kamu kalau tak terus berkata yang tidak terkata itu dibelakangku
kerana dinding yang kau sangka tuli itu mendengar
tiang yang kau sangka buta itu melihat
patung yang kau sangka bisu itu berbahasa

untungkah menjadi aku?
bila kau saudaraku..
tiada berani bersuara berdepan aku

untungkah menjadi aku?
bila dinding, tiang dan patung sangkaanmu tuli, buta dan bisu itu..
datang memberi khabar..
dari apa yang didengar
dari apa yang dilihat..
akhirnya bersuara mengasihani aku..
memberi aku ruang menilai kamu saudaraku..
tanpa dipaksa mereka rela..
supaya aku lebih kenali kamu
kerana hadirnya kamu, dugaan untukku..

untunglah kamu kerana aku terdidik menjadi aku..
untunglah aku kerana diduga sebegitu..

Katakanlah  (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai hari Subuh. Daripada kejahatan makhluk ciptaanNya. Dan daripada kejahatan malam apabila telah gelap. Dan daripada kejahatan wanita-wanita ahli sihir yang meniup pada simpulan tali. Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melaksanakan kedengkiannya." -Al-Falaq 1-5.
..dan demi Tuhan yang menguasai hari Subuh/makhlukNya.. aku maafkan kamu..


terima kasih kepada @jila_azila untuk #untunglah :)

Press