Wednesday, July 28, 2010

sedang menjaga emosi..

بِسْمِ ٱللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

sedang tenggelam dalam kesunyian yg dicipta sendiri
sedang menghindar dari lambakan emosi manusia yang sentiasa cuba menyapa
sedang cuba memikir yang tak sepatutnya difikir
sedang lari dari bondongan isu yang tak lelah mengejar
sedang cuba aman dalam dakapan resah
sedang mengeras dalam situasi remeh yang perlukan perhatian
sedang cuba berasa gembira dengan tawa yang mereka palsukan
sedang memujuk diri berasa ok dalam setinggi harapan yang disandar
sedang ketawa menabiri tangisan yang hanya hati dapat gambarkan,
sedang hanya Dia yang tahu
sedang menurut walau tiada daya agar terbias cahaya di wajah yang tersayang
sedang menelan pahit hempedu dengan rasa manisnya madu di ruang minda
sedang membenarkan apa yang sejelasnya kekok untuk dibenarkan
sedang berperang dengan kekusutan jiwa yang terlindung dek riak yang menenangkan
sedang melukakan sedangkan kau tak layak untuk dilukakan
hanya kerana proses ini..
merubah diri mengikut acuanMu..
sedang juga menjaga emosiku supaya emosimu tidak terganggu
dek suatu yang aku tidak mahu jangkakan..

No comments:

Post a Comment

Press