Thursday, May 28, 2009

Akhirnya...

Alhamdulillah...

akhirnya, hampir nyata. malam ni berangkat kami seramai lebih kurg 35org ahli ke terengganu bagi merealisasikan apa yg telah dirancangkan sejak 2-3 bulan yg lepas. thanks to wan and j, ajk 'thinkout candat ke pulau kapas' atas segala usaha. harap kita semua selamat pergi n selamat dalam perjalanan pulang..

my beloved dinda, yan (oops ter'expose' suda ;) hampir saja membatalkan niat bila mana terdengarkan berita ada kumpulan geng candat disambar petir di tgh laut sana. tp dindaku ini punya hati yg kuat seiring dgn tubuh,minda juga kereta yg dimiliki, kan dinda?? (mohon maaf terkasar bhs ;p) lagi plak xkan nk kalah ng kanda kot?


2hari lepas ms hantar borg cuti plak, my bos (komunikasi ng die tak berapa bagus lately...) mmberi reaksi yg sungguh menyenangkan (dan diluar sangkaan) bile sambil menandatangani borg cuti, turut boleh berkongsi cerita ttg pengalaman dia bercandat sedikit masa dulu. dan turut sama memberi ingatan dan berkongsi kerisauan... thanks boss, despite the hard time i've given to u... sshhhhh.

aku kini mengharapkan doa yg ikhlas dari kalian...amiiinnnn...

Wednesday, May 27, 2009

bawa aku ke sana...

ehhe sungguh poyo pilihan tajuk kali ni.

erni, pembantu ayah kat gerai selalu kuajak bercerita tentang kampung halaman di indonesia sana. xingat pulak ape name tempat tu.. semakin selalu mendengarkan ceritanya semakin aku teringin ke sana. apit ng apau pn nampak berminat utk turut sama merasai gambaran suasana itu.
"jauh di pedalaman, di kaki gunung, punya sawah seluas pandangan, boleh saja berkejaran dengan kumpulan arnab liar, udara nyaman (maklum saje dikelilingi tumbuhan menghijau), jarang sekali telinga tercemar dgn bunyi enjin bermotor, sumber air dr alam yg aslinya sejuk..."
semalam. tetibe tgh makan lauk yg erni masak (masak lemak nangka gn ikan masin), aku suarakan pd ayah, "angah betul² teringin nk pi kampung erni". lalu tema perbincangan kami seterusnya ialah "kampung erni" ehhe...

pagi td. tgh dok layan ns lemak sotong ng nescafe ais sorg² (sbb aku hr ni luarbiase awal n alang plak xsampai lg), aku terdengar ayah bertanyakna erni perihal kg (dgn lebih lanjut) dalam bhs pilihan mereka (bahasa jawa)... dan aku agak faham ape yg mereka bualkan walaupun kedudukan mereka dan aku yg keseorangan agak kurang jauh... ;D

hati sedikit tersentuh bile pd akhir perbualan, aku terdengar ayah memberitahu erni (masih dalam bhs jawanya) akan keinginan aku utk ke sana (yg mana sebenarnya erni sudah maklum akan keinginanku itu sejak kali pertama dia membuka cerita ttg kampungnya)

kenape tersentuh...? biar aku simpan saja jawapan utk persoalan itu... yg nyata aku semakin hargai insan yg memenuhi ruang hidupku...

Tuesday, May 19, 2009

places where i would like myself to be seen in/at..

hmm mase driving home from the office smlm fikiran ni terbang melayang... hai nasib baik smpai rumah dengan selamatnye... this kinda situation happens quite frequently... sedar segalanya bermula ms belajar kat kustem dlu... naik je moto, and in no time i da sampai destinasi... mmg tak sedar what might have happened along the way... ape pn alhamdulillah im still breathing ;) given the chance... syukran...

keadaan camni tak sepatutnya dibiarkan coz it is indeed very risky. its the life we r talking about... kite xtau ape bakal jadi kn... so i should (since long ago) kikis tabiat nih... tp my mind just cant control the action... kadang tu (quite a few time) time makan pn leh tetibe hanyut into anything je yg happen around me pd mase tu... smpi my colleague pn da faham. and they stopped me... just rite there. ehhe. klu x, ntah bile nk abis makan ;p

ok back to the title. bukan main la mukaddimah meleret². ape ye yg terpikir dlm kete td.. i dont wanna define myself in one word. coz i have been failing to find one. so this is just who i am... ('am' ok). the possible places...
  1. pasar besar jalan othman pj (or kawasan yg ala² sejenis dengannya)
    despite the lecah² and the stinks, i like being there (of course not in a 24/7). where i can mix around with ppl from different background, races, languages. and also having the opportunity to come into discovering veggies yg pelik², fish, just anything i hv never seen in my life before. also the outfits. so free. what u wear... ppl just dont give a damn.

  2. in the jungle
    try watch man vs. wild... im looking for one man yg macam the host, bleh tak? ehhe he is definitely a survivor. letakla kat mane pn sure tak lapa pnyer... ehhe actually i like man who plays with mud ahahah...

  3. pantai..
    because for me, its borderless. rase cam sgt bebas, at the same time sangat la kecik when we get to face the wide rough ocean. and the moment i find out strange living things that reside the place... makes me wanna cry... how little have i known so far. more to discover... ya allah, pls grant me more time to do that... amiinn...

  4. historical places
    coz they tell u stories in their silent presence. just be there and ur mind will just go wild ;)

  5. to add more... later :) need for a dream ;)

Friday, May 15, 2009

...terima kasih

me, been thinking of posting ths entry at the very moment i hold my toothbrush, early ths morning. mgkin hari sebelumnya, dalam perjalanan balik dr ofis (almost smpi umah) i saw ths one group of people masih tekun bekerja mengecat bangunan flat tmpat aku tinggal sekarang. most of them are foreign workers from indonesia.


tengok betol². not only a building. ada yg sdg mencari rezeki di atas sana..

dari dulu lagi (ntah bila bermula...) tanpa aku sedar, aku mula mengagumi golongan manusia yg sebegini. contoh lain, pekerja lebuhraya, cleaner pejabat, pekerja² dewan bandaraya yg saban hari setia mengangkut smpah utk dipindahkan ke kawasan lain, buruh² binaan, tukang sapu sampah dan lain² yg seumpama dengannya. terima kasih semua..

semuanya kerana kesanggupan mereka melakukan apa yang mereka lakukan demi mencari rezeki yg halal. kesal dihati, kerana sukar benar melihat golongan muda tempatan yg sedia melakukan perkara yg sama. bukan hanya golongan muda, tp juga golongan berumur yg nyata nampak masih bertenaga tp lebih gemar melepak di warung²/kedai² kopi menghabiskan masa dgn bermain dam haji.

...macam ni? ehhe -gambar hiasan ;p

pelik. jika kita sendiri kurg berminat/beri perhatian terhadap pekerjaan yg sebegini, kenapa mesti cemburu dgn warga asing yg sanggup melakukannya? selain untuk diri sendiri, mereka juga turut sama menjana ekonomi negara.

fakta yg tak mahu diambil tahu (...atau kita mmg tak sedar akan diri): dikalangan kita, nyata ada yg bijak dan ada yg kurang bijak. dua golongan ini juga punya peranan penting dalam masyarakat. jd kenapa sukar buat pilihan?? letakkan diri ditempat yg sepatutnya. ingt saja, takkan kita mati dek kata org yg tak bijak gunakan akal

...been a while

hi all, was i too busy lately? i am not very sure if it was the reason. so let me just say that.. i was being unfair that i abandoned cloudy me for ai-passbook (ehhe only for a week). i feel sorry to myself for having done this.

actually i had a few moments to share... i even had it captured on the camera phone of mine. a csl (so please do not expect more of the quality)
  1. cny treat



  2. three little stooges -missing two, left one alone. so geram that i dont know until now where they went lost to... very the sentimental coz actually bende ni lekat kat pintu peti ais kat umh. but i cannot tahan tgk dak² kecik nakal tu asik buli them je, so i kidnapped and place them in my baby-savvy to keep me accompanied. but now, it hurts everytime tgk sekor yg lonely tu..



  3. books with my favourite 'heart-melting' font -benguiat frisky ;)



  4. the causes of my depression. the very 'starter'. shifting to new office took me only two days.. but the hardship and trouble has lasted like forever.. still



  5. will be continued... 0443hrs already. the workload is increasing and i shud recharge now ;) wish me luck

Wednesday, May 6, 2009

Asas untuk aku dan dia yg ingin lebih mengenali...

What do Muslims believe about Allah?
(Introduction to Islam by Bilal Philips)

  1. He is the one God, Who has no partner.
  2. Nothing is like Him. He is the Creator, not created, nor a part of His creation.
  3. He is All-Powerful, absolutely Just.
  4. There is no other entity in the entire universe worthy of worship besides Him.
  5. He is First, Last, and Everlasting; He was when nothing was, and will be when nothing else remains.
  6. He is the All-Knowing, and All-Merciful,the Supreme, the Sovereign.
  7. It is only He Who is capable of granting life to anything.
  8. He sent His Messengers (peace be upon them) to guide all of mankind.
  9. He sent Muhammad (pbuh) as the last Prophet and Messenger for all mankind.
  10. His book is the Holy Qur'an, the only authentic revealed book in the world that has been kept without change.
  11. Allah knows what is in our hearts.
me is living thru an important phase in life rite now. hope and uncertainty are there. i will just pray that hope wins over uncertainty.

betul kate ayah, tak rugi berbuat baik..

***ehhe mgkin agak pening bg pengunjung tuk paham...ehhe xyah pahamkan...bace jek. then mane yg baik, amalkan ok? thank u sayang²ku semua...

Tuesday, May 5, 2009

A leader or a good head..??


Only after three years of being where I am, I asked ths question to myself. The situation being, if u were to be placed in a position u were not willing to fill in, what wud be ur expectation now… and then?

Bile kepentingan org lain melebihi kepentingan peribadi, menjadi seorang ketua bukanlah pilihan yg baik, coz a head for me orang yg leh bg instruction tanpa terlalu memikirkan apa isu yg bakal dihadapi org yg menjadi pilihan untuk menggalas tugas (yang penting org itu perlu fikir jalan untuk ketuanya), seorang ketua perlu pandai bicara (mungkin juge putar belit fakta, untuk memikirkan pujukan yg memberi semangat, yang sebenarnya lebih untuk kepentingan sendiri), dan apa lagi ye?

dua ciri di atas sesungguhnya jauh dari profil seorang irnie. Namun aku tak diberi pilihan untuk mengatakan tidak... ketika itu.

dua minggu yang baru saje berlalu, bukanlah memori indah. Hampir saje aku break under pressure. Tp Alhamdulillah, irnie ini seorang yg masih rasional. Awal dulu kalau situasi ini berlaku, mgkin saja aku mengalah. Tapi sepanjang 3 tahun yg berlalu, aku tak buta, aku juga tak tuli. Untuk aku mengalah sekarang, tak mungkin. Beberapa org mungkin dah memberi kemenangan kepada pihak yg menjadi hamba kuasa. Tp selagi aku tak hadiahkan kemenangan kepada yg sepatutnya, ya Allah berikan aku kekuatan, tunjukkan aku jalan.

Teringat plak when huda said, orang baik like us mmg tak sesuai jadi ketua. yes huda (mungkin lebih sesuai menjadi pemimpin (leader) tp dlm persekitaran kerja, kebiasaannya seorang pemimpin tidak diperlukan) Yep, kalau org baik jadi ketua, yg lebih terbeban ialah ketua itu sendiri. Sebab kalau org baik menjadi ketua, die akan cuba untuk menyerap kebanyakan daripada tekanan org bawahnye (yg kelamaan akan menekan diri sendiri)… Tekanan kerja, kebanyakan kita boleh atasi. Tp kalau tekanan emosi? Banyak yg tak berjaya. Alhamdulillah setakat ni, keduanya dapat ku hadapi dgn caraku. Tapi perlukah ada persoalan “Sampai bile??”

Smlm, had a talk with alang bout ths… Tanya pandangan die tentang angahnye… sesuai ke jadi ketua?? (ehhe itu pun setelah tiga tahun, lihat betapa tertekannye aku sekarang). Sekurangnya kurang sikit beban fikiran, dan dapat juga aku jalan, bagaimana harus ku teruskan perjuangan ni… insyaallah… amin…

p/s harap pembaca budiman faham akan istilah “baik” yg digunakan di sini.

Sunday, May 3, 2009

serabut+kusut=murung?

bismillah...

hari ni, da nk petang baru bpeluang bawak keluar mi baby-savvy. ignite engine cam bese. off to plaza pantai jmpe my freelancer kat sane. job bertukar tangan. balik, rase nk lalu kerinchi. so bawak mi baby-savvy ng santai sekali... usha kiri kanan jln kot² ade yg leh dibuat kunyah kt umh nnt... hmm, kecewa.

smpaila tibe kt corner blok 100. ade pakcik jual pisang goreng n kepok lekor. ika sker kepok lekor. n agak da lame xbli pisang goreng pakcik ni. actually, jualan pakcik ni xdela yummy sgt, tp pkcik ni pandai amik hati customer, pandai bergurau lg... so disebabkan tu, ku rajinkan diri tuk singgah untuk tambahkn pendapatan pakcik tu sebanyak rm5 hr ni = kepok lekor rm2 + pisang gor rm2 + bubur jagung rm1. for tea.

asalnye xnak matikan enjin mi baby-savvy, sbb nk pi pn sekejap je. tp memikirkan kemungkinan terburuk, enjin ku matikan lalu berjalanlah aku ke tempat pakcik. hmm selesai membeli dan melayan gurauan pakcik tu, aku pn berjalan mdapatkan mi baby-savvy untuk teruskan perjalann pulang.

hampa. ignition failed. ayah kate klu sbb battery, hon xkan bunyi kuat. aku cuba. lampu pn ok, masih terang. rasenye bukan masalah battery. alang muncul selepas satu panggilan. nyata masih gagal menghidupkan enjin. lalu mi-savvy kutinggalkan di sana. di corner blok 100. aku balik dengan fikiran yg maha kusut. esok perlu selesaikan.

kenapa kusut? mi baby-savvy bukan the only reason. aku serabut sbb esok perlu report progress ng bos kecik. lagi plak sok monday. minggu lepas sebenarnye minggu yg very the sucks! serious. klu xkuat, mungkin aku da lari hilangkan diri jauh dari tempat yg menidakkan kemgkinan siapapun dpt cari aku -serius, aku pernah fikir untuk lakukan ini. aku nk bersendirian, rehatkan otak yg serabut ni. tp mgkin belum smpai waktu. tp aku perlu lakukan ini, bila segalanya selesai. jadi, mesti macam mana esok ni??

ya allah, kuatkan aku... jgn benarkan kemurungan dekati, ketika aku masih dlm emosi ini...

Friday, May 1, 2009

surprise surprise for dinda ;)

elo dinda, in case u msk my baby mlm ni... i ade surprise for u. ges who ur gonna meet tomorrow? ehhe... mintak² la the person jadi ikut kami pi kenduri yamen sok. just cant wait... thanks to huda. ehhe...

huda is coming over to my place tonite. sok nak same² pi umh puan yamen ng budak² jawe yg lain ;p ehhe... ramai gak geng jawe kite ye... tp i xleh claim myself budak jawe gak coz xreti ckp jawe... tp insyaallah leh paham... tp still darah jawe ade mengalir dlm tubuh ni, sebati bersama darah minang :)

2025hrs. is expecting huda. sampai in no time. td sesat smpi komuter pantai dalam... perlu u-turn lg... mane si comel ni...

nikmat berbuat baik

bismillah...

tak taula kalau org lain. tp aku selalu dapat merasakan nikmat berbuat baik. dan selalu berharap org lain pn dapat rasa walaupun sikit. cam mane agaknye nk dapat nikmat tu ye?? aku sendiri pn xbrp nk tau la cam mane. tp nampaknye, kite kebanyakan manusia ni suke membalas ape yg org lain buat pd mereka. xkire la yg baik ke atau yg kurang baik. kat situ da nmpk xbrp ikhlas kn? so, yg penting skrg...ikhlaskan saje ape yg kite buat, ikhlaskan ape yg kite bagi pd org (ape saje, mgkin buah fikiran, masa yang terluang, makanan yg mgkin terpaksa kongsi, bantuan yg dihulur, etc..)

biasenye bile kite dah didik hati untuk ikhlaskan ape je (termasuk perkara tak baik yg org wat kat kite), hati jadi lebih tenang tau, redha jek n yakin, die akan dapat yg terbaik utk diri die... terpulang pada yg lebih berkuasa untuk tentukan semua tu. do not play god. kite ni manusia jek. harapkn je yg terbaik utk die n untuk kite. mesti lebih tenang. yes, tula die sebenarnye...definisi sebenar aku untuk 'nikmat berbuat baik' ialah 'ketenangan hati'... klu hati tenang, what else would u expect from life??

i bet byk yg tak dapat merasa tenang sbb punya harapan yg melangit tinggi. jadi kebarangkalian untuk merasa dalamnya kecewa mmg tersangatlah tinggi jua. sehingga mgkin ada yg tak tertanggung badan. maka dengan itu sebagai hamba Allah yg menerima kurniaan akal fikiran, yg mampu membuat pertimbangan, putuskan dengan bijak. bahagia dan derita kedua2nya ujian dari yg punya kuasa. yg penting kita perlu sentiasa beringat. dan
sebagai manusia kita mampu membuat pilihan, untuk hadapi keduanya, sama ada sebagai yg kuat atau yang lemah...

**hmm sbb tu jugak, seorg angah ini tidak terlalu ambil peduli akan tindakan baik atau buruk orang sekeliling terhadap diri, sebab angah tahu menjaga hati. akan buat yg terbaik, tapi yg terbaik bg angah mgkin bukan yg terbaik untuk org lain.. kenyataan yg perlu diterima selagi bernyawa...

Press