Sunday, January 30, 2011

Selamatkanlah Zuriat Kami..

Salam 1Malaysia.. :D ehhe semangat sket.. sesuai dengan muzik latar.. I was in Masjid Sultan Abdul Aziz Shah yesterday. From a.m. to p.m. Untuk Kursus Kepimpinan Pelajar 2011. Jumpa sesuatu yang sangat bermakna. Pamphlet tentang doa. Doa seorang ibu. Suka saya nak berkongsi.. Doa yang sama juga saya titipkan untuk semua anak-anak bakal pemimpin agama dan bangsa. 


Kami mohon sungguh dariMu

SELAMATKANLAH ZURIAT KAMI
Dari segala bencana kemungkaran

SELAMATKANLAH ZURIAT KAMI
Dari bermaksiat kepadaMu

SELAMATKANLAH ZURIAT KAMI
Dari segala kemudharatan

SELAMATKANLAH ZURIAT KAMI
Dari kemurkaanMu

SELAMATKANLAH ZURIAT KAMI
Dari nerakaMu


Isk.. kalau perhati situasi semasa, tak pastilah kalau kita dah betul-betul perhati betapa, keadaan anak-anak permata agama ini perlu dilindungi.. dari segala macam kerisauan yang tidak mustahil jadi kenyataan.. Ya Allah, kau jauhkanlah..

credit to flickr friend_faraway
Dan seterusnya.. renungkan ye, anak-anak..

Ya Allah,
Dengan redhaMu,
Kami mengandungkan
mereka

Ya Allah,
Dari Rahim kami,
Kami lahirkan
mereka

Ya Allah,
Dengan tangan kami,
Kami membelai
mereka

Ya Allah,
Dengan kasih sayang,
Kami membesarkan
mereka

credit to Ms. Daisy

Wednesday, January 26, 2011

a letter of gratitude

Having owed words of gratitude to sweethearts who care that much. Here I am. To thank friends and families who have never failed in making my life this colorful. :) #thankyou

Gonna have to write more bout this later.. time is chasing me real fast.. :)

Published with Blogger-droid v1.6.6

quote: failure


we make mistakes. some would call failures, but I've learnt that failure really is god's way of saying, "excuse me, ur moving in the wrong direction" --quote

Published with Blogger-droid v1.6.6

Monday, January 24, 2011

turbulence makes us..

-- turbulence is a life force, just to make you --


yesterday, was really a day for me. it was like in a drama i watch on tv. never had i had in mind that it would be happening to us. but thanks to the attention that the lord had given on us. acted like i was the coolest person that ever exist on earth.. i finally spoke my heart out.. and i was given this satisfaction when i heard those 'silence'..

hidup tak seharusnya begitu. kamu berhak kata bahawasanya aku salah pada awal kunyatakan pendirianku. terbukti sudah juga kan yang menghakimi dan menjatuhi hukuman itu bukan dari kalangan kita? dulu lagi sudah kuberi amaran akan kemungkinan berlaku situasi seperti semalam. nyata natijahnya orang lain yang jadi mangsa atas keegoan, kedegilan yang kamu pertahankan dulu. dan kamu? kelu? sudah mula kesal? asal saja kamu dapat bawa hati yang terbuka untuk menilai dari setiap sudut, dan ambil sikap!, itu sudah sejuta rahmat :)

hurm.. satu hal yang isb nak ingatkan kepada semua (paling utama diri sendiri).. pergolakan, masalah, cabaran.. datangnya untuk kita selesaikan bukan untuk dihindar atau dikongsi dgn kelompok yg tidak sepatutnya.. orang lain tak perlu tahu hal yg terjadi dalam kelompok kamu.. kerana pengertian mereka yang diluar itu jauh berbeza.. jgn mudah pergi kepada orang kebanyakan.. kerana reaksi yang kamu akan dapat juga bersifat kebanyakan :) 

suarakan kebenaran, usah pendam..
kalau kamu sakit, cari doktor.. kalau kenderaan kamu yang sakit, carikan mekanik.. kalau hati kamu perlukan rawatan, serahkan kepada yang beri kurnia itu.. pasti terawat :)
and one thing for sure about this turbulence.. it makes me already :) i won't regret.. #thankyou Allah :)

-- Time Out -- 

ice-creaming by the sea shore 

the clams



Saturday, January 22, 2011

menyanggupi kebosanan

motif apakah hadirnya bungkusan tapai ini..? ;)

Hidup ni kadang membosankan. Namun kali ni hadirnya bukan negatif. Hadirnya bukan kosong. Malah hadirnya memberi ruang. Dan menyedari ketenangan dan jalan ini dari rahmat yang dijanji, aku mensyukuri.. atas ujian ini..
Published with Blogger-droid v1.6.5

Meh le.. :D

Sweet little boy's drawing.. pakai songkok, tp rambut terpacak kat atas..

kat mane la dia jumpe trend rambut camni..

Published with Blogger-droid v1.6.5

Monday, January 17, 2011

Sunday, January 16, 2011

perihal tiada bernoktah | isb part 1

i am forced to write.. so here i am. ahha kelihatan sudah kehilangan hak membuat keputusan? tidak la.. isb jua yang memaksa diri menulis.. banyak jua yang nk di zahirkan ke atas skrin ni.. sekejap.. satu persatu ye wahai cerita.. :)


isb sedang meluahkan, jadi baca dan tak perlu kata apa²
yang sebenarnya isb teringin sekali merepek pada entri kali ni. nak berlaku jujur. bukan tak pernah. tapi suka juga menyatakan lagi (menunjukkan bahawa tahap kejujuran kali ini lebih hangat tinggi dari biasa) bahawa isb sgt jujur dgn perasaan isb pada kali ini. jadi apa saja yang terluah di sini, dalam cubaan membuat kamu mengerti, faham manusia seperti apakah isb ini..

isb = hipokrit
isb seorang yg hipokrit.. on certain part of me. jadi isb takde masalah kalau kamu nak hipokrit gak.. tp berpada² la.. boleh tak? kamu pun tahukan reaksi isb pd kamu bila hipokrasi kamu tu mula menjatuhkan org lain? asal saja kamu tidak menuding jari yang satu (sedang 4 yang lain terarah kpd kamu..) isb akan ok dgn kamu.. kamu ada sisi lain yg menjadikan kamu wajar dihormati.. cuba kamu pamerkan sisi yang itu, supaya kamu beruntung.. :) dan percayalah (terpulang mahu atau tidak) isb akan sanjung kamu kerana itu.. sedih melihat kamu merendahkan harga diri (sendiri atau yang lain)..

isb = ego
urm.. tak mahu komen lebih. tapi ada kebenaran. tak pernah menafikan tapi pantang sekali kalau ada yg menyatakan dgn keras "buangkan egomu, isb!".. kamu hanya menyimbah minyak ke atas api.. kamu juga yang terpaksa berhempas pulas melawan maraknya. isb akan tentukan bagaimana ego itu harus diurus. dan nyata, being a little egoist, saved me from most harm.. cuma takut juga yang tidak diingini itu datang kerana keegoan ini yg nyata menyakiti hati yang tak senang melihat isb tersenyum.. isb cuma tersenyum, kenapa hati kamu yang sakit? owh mungkin kerana kamu sendiri tak mampu ikut senyum.. marilah bersama isb, kita sama² cuba senyum supaya lebih ramai yang terjangkit.. :) 


--bakal disambung.. :)

Saturday, January 15, 2011

Mencari Penawar Duka, Pengubat Sengsara

Mencari Penawar Duka, Pengubat Sengsara : Minda Tajdid:
"Apabila insan terjatuh dalam ujian hidup; kesusahan, keperitan, kezaliman, keresahan, kesedihan dan segala rupa paras penderitaan, insan akan bertanya, apakah penawarnya? Di manakah jalan keluar dari segala kegelapan ini? Bagaimana mungkin dapat aku buang derita yang bersarang dalam jiwa dan peristiwa? Dapatkah aku keluar dari kemelut ini?"
Artikel penuh di Minda Tajdid


Friday, January 14, 2011

this strange mode?.. switched on ;)

crediting lot of people. felt like i have just been touched by angels.. and to Allah.. my praise will always be.. :) #thankyou Allah :)

boleh kot isb dedicate this lovely song to all beloved readers.. thanks for being here, read, go for a while and come again.. :)

Kau datang bagaikan mimpi
Kau hadir tak ku sedari
Sekian lama kunanti
Kau di sini

Mungkin kehendak Ilahi
Segalanya kujalani
Biar lelap tidurmu
Dipelukku

Cinta ini
Kupersembahkan
Setulus hati kasih
Kepadamu
Seandainya engkau mengerti
Hanya kau yang kumiliki
Dalam hidupku

Kasih sayang ini
Semoga abadi
Kan kubawa sampai akhir nanti

--layani lirik ni dulu sebelum ke entri seterusnya.. :D (have a lot in mind, but I am so stucked in pouring it out to isbland ;) --wah sudah ada term baru di situ..

--sung by imaniar (indonesia) then misya omar (malaysia).. beautiful!

Sunday, January 9, 2011

Friend of Mine - Lea Salonga

Tetiba I teringat kat you babe :D
I hope you still remember who recommended this song for me to listen.. and you really know how to get me :)
kan..?? :) 

Such a sweet heart-melting one.. and that is why I just can't make it stop playing inside my heart.. the melody, the lyrics.. I would really love to THANK YOU for letting the sweetness stays :D 


A dedication made to my beloved Nurulhuda Fithriana and Suzanna Rosli.. if they ever come to this :) LOVE you guys..! Always will.. :D


kalau boring korang buat ape??

boring..?? ape tuh..? ehhe.. 
2-3 hari lepas pernah bermain difikiran.. sekiranya perlu memberi jawapan.. apa yang perlu isb jawab?? 

boleh tidak, kalau tak mahu jawab.. sekadar mengulas ;) 

ini dari fikiran isb sendiri, tanpa prejudis.. ehhe.. perlu ke kita rasa bosan bila sebenarnya sangat banyak perkara boleh dilakukan selagi nyawa mengisi tubuh.. 

isk.. kalaulah kita faham tujuan manusia ini diciptakan.. banyak perkara yg perlu difikir menjadikan kebosanan menjauhi diri.. 

tapi sebab sifat manusia yg seperti isb ini jugalah.. kerap juga kebosanan datang menjenguk.. dan solusi kepada isu ini yg sebenarnya sentiasa temani perjalan hidup isb, maka telah isb sematkan dalam jiwa.. 

antara azam tika diri melangkah ke tahun baru 1432H/2011.. tak mungkin kubiar kebosanan hampiri.. :) menguatkan lagi semangat.. ayah berpesan supaya menjadi pendidik sejati :D terima kasih ayah.. dan semua yang membina isb :)

sayang, jangan ada benci.. :)

aku perlakukan kau sedemikian rupa..
bukan untuk membenihkan benci dijiwamu..
sekadar melakukan yang tak bisa dilakukan oleh yang lain..

kita pernah bahagia
jangan kau lupa
mungkin silap dari aku
kerana terlalu menjaga hati

suatu ketika dulu

mengiyakan setiap kali
walau lakumu tidak membina kita
dan tingkahku juga mengikut kamu
kerana kita sedang bahagia
juga ada pendamping ghaib
menyemarakkan apa yg kita rasa

sehingga mula kurasa 
aku semakin kehilangan aku
dan kau semakin hilang dirimu
koma,
lakukanlah yang sepatutnya
sebelum kita bertemu
noktah.

eh, bukan luahan untuk kekasih.. tetapi kpd seseorang (atau lebih) yang isb kasihi.. terkilan gak sikit, tp ini juga dianggap sebagai ingatan peribadi utk isb sendiri.. yang namanya manusia.. khilaf tu pelengkap diri.. cuma mohon diberi teguran.. :D

Friday, January 7, 2011

akhirat lebih baik. kekal

Facebook Status forwarded by Irnie Sharima Basir | syahirul.com
"Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya dengan taat dan amal soleh, Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan Nama Tuhannya serta mengerjakan solat. Tetapi kebanyakan kamu utamakan kehidupan dunia, padahal kehidupan Akhirat lebih baik dan lebih kekal."(Al-A`laa 14-17)
Published with Blogger-droid v1.6.5

Wednesday, January 5, 2011

langkahku juga sumbang..

salam kerinduan.. :) pendek je kot entri kali ni.. ade sedikit kegusaran dalam hati.. bilangnya sedikit tapi 'feel'nya tak semacam itu.. duhai hati.. tenanglah..

urmm.. tenang tu, mungkin sudah.. tapi fikiran ni tak reti berhenti agaknya.. #thankyou Allah.. itu yang menjadikan aku hidup, dan dapat rasai..

kenapa ya..? 
bukan soalan pada diri..

perlu memaksa diri.. menjadi yang kamu rasa terbaik untukku?
tak boleh ke..? jadi yang terbaik untuk dirimu sendiri.. nescaya aku lebih merasa senang..
nescaya kita merasa lebih senang..*

kamu berubahlah mengikut mahumu.. bukan kerana mengikut rentakku
kerna jangankan rentak.. langkahku yang tanpa rentak itu juga ada sumbang..

kamu saja tak nampak atau.. kamu cuba nafikan..?
aku, masih tetap aku.. yang sukar untuk kamu mengerti.


#yatuhan, berikan kami kefahaman.. 


tak pasti andai kamu nampak akan persamaan kedua photo ni.
yang pasti keduanya berjaya bawa hati isb pergi. seketika :)

"Cinta berpaksikan wahyu | hati-hati yang mengingati Yang Satu akan mudah bersatu!"

Monday, January 3, 2011

Redha suami

Facebook Status forwarded by Irnie Sharima Basir | syahirul.com
Tiada yang lebih aku harapkan selain mengahwini seorang wanita untuk menemaniku di dunia dan aku redha kepadanya.. Moga dengan itu Allah masukkannya ke dalam syurga kerana redhaku (suaminya) dan dia akan menjadi bidadariku dan menemaniku di akhirat juga (jika aku masuk syurga)...
Published with Blogger-droid v1.6.5

Press