malam ni.. penuh dengan fikiran. macam-macam. tentang cuci kaki masuk ke dewan yang bakal kusyurgai agar terpaut hati anak-anak itu kekal di dalamnya, tentang kata-kata yang kurang baik yang ternyata menjadi doa tidak termakbul.. membuat aku sangat bersyukur dan mahu terus usaha baiki diri.
ya tuhan.. aku berdosa.. namun tak banyak yang kulihat, yang aku nikmati melainkan lebih banyak rahmat yang kau tebarkan sepanjang jalan yg telah aku lalui dan laluan yg bakal aku jalani. ya allah rasa ini.. rasa semanis ini.. ku pohon agar kau letakkan juga ke dalam hati insan-insan yang aku sayang dan juga di hati insan-insan yang turut menyenangi aku..
HAJAR. ampuni aku ya ALLAH.. kerana telah berburuk sangka.. namun telah KAU sedarkan aku secepat ini untuk melihat potensi sesusuk tubuh kecil itu utk menjadi lebih baik dari yg dulu.. doaku, semoga kau terus menebarkan rahmatMU ke atas dia.. semoga dia membesar menjadi wanita solehah untuk selayaknya dicontohi oleh saudaranya yang lain.. segala puji bagiMU..
ya tuhan.. sebagaimana dia memberi senang dan rasa bahagia ini kepada kami.. KAU bahagiakan dia ya ALLAH.. mudahkanlah urusannya.. jauhi kami dari godaan dan bisikan syaitan yang direjam.. jauhi kami dari fitnah.. sesungguhnya KAU MAHA MENGETAHUI segala yang tersurat juga tersirat dari usaha yg kami lakukan..
bila tak bertemu ketenangan di rumah yang seharusnya disyurgai.. aku sedang perhati.. mengasihani situasi yang dia jalani sehari-hari.. habisi masanya di luar.. rumah hanya untuk lena.. ya allah.. pengetahuanku setakat itu.. menyebabkan jatuh kasihan.. tapi bahagianya masih ada.. aku yakin itu.. tapi ada yang tak selesai.. kalau selesai dan selesa hidupnya, takkan dia mencari perhatian dari yang lain.. semoga dia terima lebih dari kebaikan yang telah dia beri kepada masyarakat.. dan semoga dia berhasil bertemu kembali ketenangannya.. amin..
aku, selagi boleh mengurang beban dari kerenah masyarakat yang tersangkut di bahunya.. izinkan ya rabb.. sampaikan kebaikan itu agar dapat dirasai segenap lapisan masyarakat.. dan semoga dia menerima kembali gandaan kebaikan dari usaha yang telah dia beri.. amin..
dan yakin dengan jalan yang telah kau aturkan.. KAU MAHA TAHU ini adalah yang terbaik untukku.. dan sekiranya hadirku sedikit membantu usaha murni yg dia sedang lakukan.. berkahi usaha kami.. ya ALLAH..
nampak je serabut.. eh memang serabut.. tapi masih ada sebab untuk teruskan senyum dari bibir yang ALLAH beri ni.. boleh lagi sebab.. innalillahiwainnailaihirojiun.. pesan Rasulullah SAW.. aku mohon supaya musibah hati ini diberi pahala oleh ALLAH dan digantikan dengan yang lebih baik.. insyaALLAH :)
aku yakin kalau terjadinya musibah, dan harga yg perlu kita bayar untuk menangani/menanggung musibah itu sebagai bekal untuk membeli tiket ke syurga milik ALLAH.. dan semoga hal ini tak menjadikan aku lupa bahawa DIA sedang hanya menguji dan aku, sedang membayar kifarah.. belum lagi pasti akan diberikan tiket itu.. belum pasti lg.. bekalan yang dibawa cukup untuk ditukar ganti dengan tiket ke syurga itu.. jadi aku pohon limpahan rahmatMU, ya RABB..
ya ALLAH pandukan hati ini.. lurus kepadaMU.. luaskan bukaan hati ini untuk menerima cahaya kasihMU.. teguhkan hati ini untuk berpendirian menentang musuhMU..
banyak sangat note.. tapi peneman setia.. sentiasa mengingatkan.. biarla dia, asalkan ada fungsi.. di profile rye, kutemukan ini:
ehhe agak tersindir jugakla.. ;) bahagian yang atas dengan izinNYA pasti sampai.. dia je yang berhak terima semua laporan dari hidup yang dipinjamkan.. urm.. dia tak pangkah blogspot ;) ehhe sama dengan je kot.. tp ada satu hal yang menarik.. kenapa di blog.. kerana di ruang ini ilmu/cintaku bercambah dan bertumbuh.. dari tulisan yg sekecilnya hingga yang ber'volume'.. kebanyakannya memberi bukaan minda.. dari bukaan kecil membawa si pengembara ilmu seperti dora ini.. menambah nilai diri.. insyaallah.. :)
usai menyediakan pekerja-pekerja cpsb secawan teh seorang.. :) aku temukan ini pulak.. awan solo/ awan tunggal/ awan sepi :(
pemuja awan.. subhanallah.. dengan hanya melihat awan.. hilang gundah.. seolah ia datang untuk membawa pergi serabut fikiran.. :) tinggalkan aku dengan minda kosong untuk menyerap masuk segala kebaikan yang ALLAH kurniakan kepada hambanya.. :)
akhirnya dihujung malam.. mungkin telah masuk awal pagi.. akal serabut tadi terubat sudah.. dihadirkan dengan sahabat yang sudi luangkan masa mereka melayani perangai di ruangan siber.. ;) Jazakallahu khair (May Allah grant you goodness).. Thanks for your time.. :) cikb, emi.. and the rest.. :)
Assalamualaikum..
Harta hanya sebagai WASILAH, jangan sekali dijadikan TUJUAN.. dalam kita jalani hidup menuju TUHAN.. :)
Wahai Manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini, Dirikanlah solat lima kali sehari, Berpuasalah di Bulan Ramadan dan Tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku. Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.
(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah)
"Hurt no one so that no one may hurt you. Remember that you will indeed meet your Lord, and that He will indeed reckon your deeds."
This sermon was delivered on the Ninth Day of Dhul Hijjah 10 A.H. in the 'Uranah valley of Mount Arafat' (in Mecca). This Sermon can be found in all books of Hadith.
After praising, and thanking God he said:
"O People, lend me an attentive ear, for I know not whether after this year, I shall ever be amongst you again. Therefore listen to what I am saying to you very carefully and take these words to those who could not be present here today.
O People, just as you regard this month, this day, this city as Sacred, so regard the life and property of every *Muslim as a sacred trust. Return the goods entrusted to you to their rightful owners. Hurt no one so that no one may hurt you. Remember that you will indeed meet your Lord, and that He will indeed reckon your deeds. God has forbidden you to take usury (interest), therefore all interest obligation shall henceforth be waived. Your capital, however, is yours to keep. You will neither inflict nor suffer any inequity. God has judged that there shall be no interest and that all the interest due to Abbas ibn 'Abd'al Muttalib (Prophet's uncle) shall henceforth be waived...
Beware of Satan, for the safety of your religion. He has lost all hope that he will ever be able to lead you astray in big things, so beware of following him in small things.
O People, it is true that you have certain rights with regard to your women, but they also have rights over you. Remember that you have taken them as your wives only under God's trust and with His permission. If they abide by your right then to them belongs the right to be fed and clothed in kindness. Do treat your women well and be kind to them for they are your partners and committed helpers. And it is your right that they do not make friends with any one of whom you do not approve, as well as never to be unchaste.
O People, listen to me in earnest, worship God, say your five daily prayers (Salah), fast during the month of Ramadan, and give your wealth in Zakat. Perform Hajj if you can afford to.
All mankind is from *Adam and Eve, an Arab has no superiority over a non-Arab nor a non-Arab has any superiority over an Arab; also a white has no superiority over black nor a black has any superiority over white except by piety and good action. Learn that every Muslim is a brother to every Muslim and that the Muslims constitute one brotherhood. Nothing shall be legitimate to a Muslim which belongs to a fellow Muslim unless it was given freely and willingly. Do not, therefore, do injustice to yourselves.
Remember, one day you will appear before *God and answer your deeds. So beware, do not stray from the path of righteousness after I am gone.
O People, no prophet or apostle will come after me and no new faith will be born. Reason well, therefore, O People, and understand words which I convey to you. I leave behind me two things, the Quran and my Sunnah and if you follow these you will never go astray.
All those who listen to me shall pass on my words to others and those to others again; and may the last ones understand my words better than those who listen to me directly. Be my witness, O God, that I have conveyed your message to your people".
..Insyaallah hati ni dimudahkan untuk kita terus bersilaturrahim tanpa rahsia. Sebab aku kurang gemar, sama ada aku atau kamu yang berpura-pura. Soal hati, jangan ditipu. Kalau jelas.. kan lebih mudah untuk kita?
Biarpun mulanya pahit untuk terima, kita akan mula senang sekadar berkongsi cerita tanpa libatkan perasaan yang berat. Dan Alhamdulillah, sehingga kini aku mampu untuk mulanya melukakan tetapi akhirnya membuat mereka senang menjadikan aku sebagai sahabat.. :)
Baru mahu lelapkan mata, bila teringat sepotong ayat dari perbualan tadi.. "sebenarnya abang dah lama minat kat cikgu, tapi abang dah kahwin.." dia senyum, aku turut senyum.. jujur dengan perasaan.. langsung dibiarkan kata-kata itu dibawa angin lalu.. Alhamdulillah, semoga, semakin jauh lah musuh..
sekurangnya dia jujur. Pasti ada sedikit kurang beban dari perasaan yang ditanggung.. dan aku, seperti yang lepas-lepas, mohon diberi kekuatan mengawal diri dan situasi untuk melepasi fasa ini sekali lagi..
Sebelum lelap.. Ya ALLAH, kau limpahkanlah sebaik-baik rezeki kepada mak dan ayah.. dan semoga dengan rezekiMU itu, dapatlah mereka terus membahagiakan yang lainnya..