Thursday, December 1, 2011

kalau kamu jujur..

..Insyaallah hati ni dimudahkan untuk kita terus bersilaturrahim tanpa rahsia. Sebab aku kurang gemar, sama ada aku atau kamu yang berpura-pura. Soal hati, jangan ditipu. Kalau jelas.. kan lebih mudah untuk kita?

Biarpun mulanya pahit untuk terima, kita akan mula senang sekadar berkongsi cerita tanpa libatkan perasaan yang berat. Dan Alhamdulillah, sehingga kini aku mampu untuk mulanya melukakan tetapi akhirnya membuat mereka senang menjadikan aku sebagai sahabat.. :)

Baru mahu lelapkan mata, bila teringat sepotong ayat dari perbualan tadi.. "sebenarnya abang dah lama minat kat cikgu, tapi abang dah kahwin.." dia senyum, aku turut senyum.. jujur dengan perasaan.. langsung dibiarkan kata-kata itu dibawa angin lalu.. Alhamdulillah, semoga, semakin jauh lah musuh..

sekurangnya dia jujur. Pasti ada sedikit kurang beban dari perasaan yang ditanggung.. dan aku, seperti  yang lepas-lepas, mohon diberi kekuatan mengawal diri dan situasi untuk melepasi fasa ini sekali lagi..

Sebelum lelap.. Ya ALLAH, kau limpahkanlah sebaik-baik rezeki kepada mak dan ayah.. dan semoga dengan rezekiMU itu, dapatlah mereka terus membahagiakan yang lainnya.. 

Published with Blogger-droid v2.0.1

2 comments:

  1. hurmm..

    *sygnye empuyer diri ini blm temui titik kekuatan utk sejujur lebih dri itu*

    ys-isb

    ReplyDelete
  2. @Anonymous bertindak/berkata jujur bertujuan membebaskan diri.. pilihan ditangan masing-masing.. be free or not to be :)

    ReplyDelete

Press