Wednesday, February 6, 2013

Sejenak Di Persimpangan

Di persimpangan antara dua pilihan..

Ya bersangka baik
Tapi perlu ada sedikit perubahan pada tindakan.
Baru tadi baca.
Mahathir kata. Melayu perlu berani untuk merdeka.
Kita perlu berani.
Bukan Melayu sahaja. Sebagai manusia juga.
Muslim, apa lagi.  Beranilah untuk merdeka.
Maafkan aku, Ya Ghaffar.
Aku berkata menurut fikiranku saja.

Mereka mungkin salah anggap.
Usah dimarah.
Hati mereka rahsia mereka.
Hati kamu rahsia kamu.
Hati aku, peti rahsia antara aku dan tuhanku.
Siapa saja boleh bersangka.
Tapi tak siapa yang pasti.

Yang aku tahu.
Jalan hidup yang sedang dilalu ini tiada jaminan sentiasa kan lurus tanpa halangan.
Pilihan pasti perlu dibuat.
Dan ini bukan akhirnya.
Mungkin saja membuka peluang baru.
Siapa tahu? Hanya Dia.

Allahua'lam.

***Azan Maghrib. Let's answer His call :) Allahu Akbar..

Monday, February 4, 2013

Sangkaan baik kadang mengecewakan..

Sering pilih untuk bersangka baik. Walau selalu juga hati ni cenderung menurut bisikan yang sesat jalannya. Biasalah manusia. Tapi selagi diberi peluang bernafas menikmati hidup bertuhan, cepat juga tersentak. Istighfar. Inilah takdirnya.

Akhiran kepada sangkaan baik kita mungkin disalahtafsir manusia. Mungkin juga sendiri yang salah tafsir. Manusia.. Imannya berbolak balik. Hmm.. Iman atau hatinya..? Betulkah manusia juga yang menentukan akhirannya..? Hati ini meyakini.. "TIDAK"

Bukan manusia penentunya.. Kita mungkin salah, selalu juga terperasan betul.. Tapi yakinkah apa yang betul atau salah yang dicatit oleh malaikat di kiri kanan ini seiring dengan betul atau salah sangkaan kita..? Allahu a'lam..

Aku cuma bertindak. Berusaha. Hati ini Allah yang pegang. Gerak hati ini Allah jua yang tentukan. Kamu buat aku gusar, aku buat kamu gusar.. Allah juga yang izinkan.. Jangan perasan sendiri.. Ini ujian, buat aku dan kamu. Tak usah berkira siapa betul, siapa salah. Yang menghakimi cuma Dia. Kita sama-sama hamba. Sama-sama punya dosa.

Jadi pesanan untuk diri terutamanya.. Berusahalah.. Allah will do the rest.

Saturday, February 2, 2013

Dia ayahku..

Kasih ayah tiada banding
Tapi nyata tidak melebihi kasih AlRahman pada hambaNya
Namun kasih ayah dariNya juga kan
Memberi tanpa perlu diminta
Mendengar tanpa bicara
Sentiasa tahu bila diperlu
Terbukti satu persatu
Allah, pelihara dia.. Aku mohon

Sebak
Menuju senja, mungkin tingkahku lain dari biasa. Disogok masakan yang enak-enak pun tak laku. "Angah naik dulu, penat hari ni. Nak tidur jap. Malam nanti Angah turun balik." Sampai sudah, aku tak turun. Lena.

10:30pm marah bila lampu bilik dipasang. Amir kejut suruh makan. Ayah kirimkan nasi goreng. Panas lagi, beserta teh o ais limau..

Dia ayahku..

Press