Wednesday, June 30, 2010

antara isa & muhammad, injil & quran


salam, terpanggil utk berkongsi. baru² ni minda sy di buka oleh seorang teman perihal seorang ikon kebangsaan yg dikatakan telah murtad. lalu mlm ni hati terdetik utk mencari sedikit info tentang hal berkaitan.. kupasan beliau (seorang blogger dr pahang) menarik perhatian sy.. yg lebih menarik perhatian bilamana sy melewati ruangan komen. berbaur emosi. masing² berusaha menegakkan point masing² sampai akhirnya, islam dan kristian menjadi bahan. muhammad saw dan isa as menjadi taruhan. injil dan quran jadi..? (can't find the right word, sorry)

بِسْمِ ٱللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Al Baqarah 2:62"Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Shabiin, siapa saja diantara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah, hari kemudian dan beramal saleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhawatiran kepada mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati."
At Taubah 9:33. "Dialah yang telah mengutus RasulNya (dengan membawa) petunjuk (Al-Quran) dan agama yang benar untuk dimenangkanNya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukai."
Sebagai seorang Islam, masihkah kita berpegang kepada Rukun Iman bila membahas hal duniawi?
  1. Beriman kpd Allah
  2. Beriman kpd Malaikat
  3. Beriman kpd KITAB (INJIL, taurat, zabur, QURAN)
  4. Beriman kpd RASUL (25 bilangannya termasuk ISA as. dan MUHAMMAD saw. -malah sama² digelar rasul Ulul Azmi)
  5. Beriman kpd Hari Kiamat
  6. Beriman kpd Qada dan Qadar

so, amat sedih jugakla.. bila mana kita diberi pilihan utk sama² hidup aman kat muka bumi allah ni, kita lebih suka memilih jalan yg gelap tu.. islam tu kan sejahtera. dan kesejahteraan tu bukan ke untuk semua?? kalau kita yang mengaku diri sebagai islam.. mengaku sebagai seorang yang sejahtera, agaknya susah sgt ke utk tonjolkan peribadi yg sejahtera?

kalau yakin diri seorang islam, yg jadikan quran sebagai petunjuk/panduan utk jalani hidup yg sejahtera, ayat ni mengingatkan kita bahawa muhammad saw yg kita kasihi tu sepatutnya dijadikan teladan
Al Ahzab 33:21. Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. 
Ingat lg tak agaknya kita tentang peribadi muhammad saw dalam mengendali dugaan, cacian, provokasi, hinaan, dari saat baginda mula terima wahyu pertama (ketika islam yang diwarisi dari nabi² sebelumnya berada pada kedudukan yang sangat membimbangkan) sehinggalah islam dapat ditegakkan kembali..

Kalau boleh kita baca (iqra') keadaan masyarakat kita sekarang (dgn hati, secara serius).. masih sejahterakah kita? melihatkan kejahilan manusia melakukan zina, buang bayi (tak mengira jantina pun), minum arak, perjudian, jenayah bermaharajalela. apa bezanya kita dengan masyarakat yg kita katakan jahiliyyah dulu?

sekarang, sy masih dpt bersyukur berada di rumah dalam keadaan selamat, sehingga kini dpt ke tempat kerja dgn selamat, dpt bertemu rakan menjalin silah dgn selamat, dpt berekreasi dgn famili dgn selamat, menikmati perjalanan pulang ke kampung dgn selamat. buktinya: sy masih mampu menulis blog pd jam 12:27am (waktu di jam pc sekarang). masih bernafas. alhamdulillah..

persoalannya: sampai bila? bila sedar keadaan yg tak selamat di luar sana sebenarnya sgt dekat dgn diri sy, famili dan sahabat². tgk saja berita di tv atau di dada akhbar. sejahterakah kita? kita sebenarnya sedang jalani hidup di dunia yg penuh risiko. sambil berwaspada sy bertanyakan soalan ini pd diri, "bila agaknya perkara tersebut akan berlaku kpd sy?" atau, "apakah jaminan bahawa perkara tersebut tidak akan berlaku ke atas sy?" bukan mengharap, sekadar beringat. semoga semuanya selamat. ya Allah, mudahkanlah urusan kami.. satukanlah hati kami..

sekadar berpesan², tidak berniat menyinggung sesiapa..
Al 'Ashr 103:1-3. "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugiankecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran."  

Saturday, June 26, 2010

tragedi nasi ambang..

am about to sleep now. sok nk ke sekolah, majlis ilmu. discuss prestasi anak² ng parents. daos lak dtg, bawak burger. nyum nyum. makan sat before shut the eyes off to sleep. kelmarin, ntah kenapa beremosi sgt, aku tido ng perut kosong, air mata ngalir da macam air sungai.. tak mo berenti walau puas ku pakse pikiran memikirkan hal yg lain..

tak sape pun boleh terima yg menyebabkan aku berkaca mata ke sekolah hari ni adalah kerana NASI AMBANG yg ayah buat kelmarin. bertujuan menyorokkan mata yg membengkak dek kempunan hidangan makan malam tu. di sebabkan itu jugak (agaknye) dapur rumah berasap sekali lg malam kelmarin.. ayah masak lg ape yg tak lengkap utk hidangan ns ambeng tu, tp satu sen pn tak berguna. sebabkn hati yg tengah sakit aku abaikan je ajakan dorang utk makan malam td.. merembes lagi air mate.. ciwekk.. ;( pertanyaan mak pn tak aku jawab. aku seolah tgh bercinta ng ns ambang ayah tu n alami cemburu yg kronik, bila da ade yg usik dulu nasi tu sebelum aku. now only then that i know, ns ambang bukan sekadar kegemaran, tp 'sentimental' untukku..

sayu pulak mase nk gi keje pagi tu, aku perasan ayah menung jauh di beranda depan. aku ke penyebab? maafkan aku.. hati angah terusik sangat malam td, yah.. 

Nasi Ambang
gambar internet [klik imej untuk ke sumber]
thanks to la_abwa

Wednesday, June 23, 2010

with Celcom & DiGi now, but the number stays

Maxis: We acknowledge your request to move. Thank you for being with Maxis and we hope to serve you again in the future. For further queries, please call 1800 821 xxx
DiGi: Your line is about to be activated on the DiGi network. Please replace your DiGi SIM card as soon as your current line stops working.
Second time dapat mesej cam ni, and the same feeling strucks. Sayu jek ms dapat 1st msg. Last time ng U mobile pun camtu when i converted my 018 number to celcom.. Sorry guys, ths is a move that i have to take for better.. ehhe tatau better ke tak but willing so :)

So friends, my 012 now is with DiGi :)

Monday, June 14, 2010

Apa yang membezakan 'kita'??

Click picture to enlarge, thank you..

Ayat ini bukan sengaja ku cari. Yang menarik perhatianku, kerana baru² ni otak ni dok terfikir akan perkara yg berkaitan. Mengenai tentangan minoriti yahudi terhadap zionis. Aku jadi sangat kesal, sangat kesal kerana buta sejarah, kerana terlalu ikutkan persangkaan manusia, maka telah mempunyai persepsi yang silap tentang umat manusia yang lainnya. 


Soalan aku sebagai tajuk entri ini, harap sangat kamu turut menjawabnya, dan aku tak mahu tahu apa pn mungkin jawapan kamu.. semoga semuanya berhasil mendapat jawapan yg baik.. Amiin..

30 Hari Mengenali Cinta

:D flashback started ahha. Woops certainly not of the romance part of course. Work environment. Rindu ar ng ex-colleague. And tgk je manager dlm citer tu, ingat plak kat wz. Agaknye dulu tekanan die pn camtu gak but I guess wz handle things in different ways. And cara die transfer the pressure to us? Ehhe macam perang saraf gitu. Softly but makan dalam. Takde dok main tengking² cam dlm tv tu.. uish dorg ni, tak penat ke  gune pendekatan camtu? Tak ke pembaziran tenaga namanya tu? Bleh saje tenaga yg kononnya ekstra tu disalurkan ke tempat lain. Sungguh tak professional oops bukan², sungguh tak gentle! Harap muke je bleh jual ;p Harapkan orang keje tuk die, tp tak reti jage hati.

btw, citer die pn ok gakla and the actors. two and a half (out of five) stars :D ok la tu, kire bagus gak la tu. takdela mengecewakan..bagus bagus..

Wednesday, June 9, 2010

keberfungsian diri

before ending my net session hari ni hati tergerak nk visit a few blogs and i have come across this one site. asalnya keywords yg aku type adalah ini 'hukum utamakan ibu bapa' tp mata tertarik pula kepada isu yg syahbandar ketengahkan -selari dengan pandanganku pulak ;) punyala khusyuk membaca jumpe lak link to this one site. pernah aku coretkan suatu entry tentang sebab aku berblog, sebab aku menulis. supaya andai aku sudah tiada nnt, fungsi aku sebagai manusia, sebagai angah kpd adik², sebagai irnie kepada rakan² dan kepada siapa jua yg kenal, siapa jua yg aku sayang tidak terhenti di mana². al-fatihah 

maafla, pengalaman pertama membaca coretan hidup penulis yg sudah tiada lagi. sedikit tersentak. ape namanya perasaan ini sebenarnya? nyata aku lebih insaf memikirkan kematian, dan fungsi diri semasa masih boleh bernafas di bumi Allah ni.


Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai kutahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Andai kutahu
MalaikatMu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu

Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu

Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga
Tak pantas di surga

Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu

Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku

Tuesday, June 8, 2010

satu per satu..

aku punya banyak impian
seperti yang lain
dan aku yakini
kebanyakan akan jadi nyata
syaratnya aku usaha
berdoa dan cari jalan
andainya ia jauh dari nyata
maka akan kupujuk hati
itu memang bukan jalannya
dan jalan lain yang perlu aku ambil
mungkin lebih indah, lebih baik untukku..

manisnya bila ia terlaksana di luar expectation. ku anggap seperti bonus. fiziknya tiada tapi indahnya terkesan di hati. terinspirasi daripada movie 'spinning gasing' dan reality 'the hoppers & ahli muzik', teringin benar travel menaiki van dan tempuh cabaran sebegitu rupa :) dan ada jugak aku ajukan kpd dinda akan cadangan travel menaiki kereta ke destinasi dalam malaysia tanpa 'booking'. is like gamble je kite redah bumi malaysia ni and see what the world has to offer ;) and guess what, his answer was positive!

baru ni, ke pulau kapas for candat. dapat bonus yg dimaksud. i thought we were going on a bus like last year. 2 vans ;) that was all we had, and i was quite happy with the idea :D ehhe. 10 persons per vehicle. tp sedih, tak dapat feel sgt coz we were supposed to leave greenwood early, but we finally took off a bit late (akibatnye, aku sendiri tidur je along the way). since we were going as a team, so a team we should be from the beginning till end :) since the team belum complete, we had to wait. that's how i like it to be actually. we never know what was gonna happen kan. so the plan has to be updated through out the journey. lesson to learn: compromising leads to better understanding leads to a harmony community ;) <--owh, that is so my words ok :)

kembara insafi diri..

Sunday, June 6, 2010

Percaya

Percaya pada qada’ dan qadar Allah. Kalau nak jadi, pasti jadi. Tinggal perlu yakin, setelah doa dan usaha, kalau memang itu jalan yg sepatutnya kita lalu, berbasmallah la kita.

بِسْمِ ٱللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Ada yang dapat sebelum masa, ada pula yang dapat lambat sikit. Maka di situla kesabaran teruji. Cuba mengelak bercerita tentang yg lain, kerana ia jauh dari pengetahuanku. Yg ku tahu cuma jalan yg telah dan sedang aku lalui dan pandangan aku tentang hidupan, peristiwa, objek di depan mata. Namun apa yang bermaharajalela di hati mereka (sebenarnya), hanya Allah yg berkuasa ke atas setiap darinya.

Atas nasihat yg kamu beri, percayalah, ia akan berguna jika diberi kepadaku. Ada yg aku ikuti, ada juga yang tidak. Tetapi kesemuanya menyumbang ke arah yang bermanfaat. Tiada satu pun yg tersia. Terima kasih. 

One of your most admirable qualities is your amazing tenacity, even under the toughest circumstances. Get ready for the big payoff to all your efforts, when your great energy lifts you up to a pinnacle of professional and romantic satisfaction. Enjoy all the praise coming your way and celebrations that may erupt in your honor. It really doesn't get much better than this!

Tuesday, June 1, 2010

AI, Arab & Jawi :)


السلام علييكم
سرونوق ﭬﻮلا نق منوليس جاوي

بِسْمِ ٱللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

.برمولا هاري اين، انتوق ﭬركارا ترﭬﻨﭽﻴﻞ، اكو جاويكن ساج
لفس ني كالو سوده فندي بربهاس عرب فولا.. باكوسكن

Maaf gak, lom install font jawi lagik, so huruf 'pa', 'ca', 'ga', 'nya' still missing..

Bintang AI:
It's really not like you to air your feelings in public, whether they're positive or negative. You're not crazy about letting the rest of the world in on your deepest emotions, and that's perfectly understandable. You do feel the need to talk with someone about how you're doing, though, but don't worry that you might choose the wrong person. You can focus in on the right one unerringly.

Press