Thursday, July 29, 2010

runsing aku runsing..

بِسْمِ ٱللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

sy tertarik nk habiskan bacaan sy pd entri saudara Long Haffiz Long Hassan. Thanks for the entry, dan sy juga dah memberi sedikit komen, deep inside, sy komen dgn emosi juga, tp Alhamdulillah sy rasa, telah mendahulukan akal sebelum emosi :)

saya pula tak runsing sgt pasal orang melayu.. sbb by being a true melayu pn tak bawa kita dekat dengan Pencipta SELAGI tidak berusaha menjadi muslim yg sejati kn? InsyaAllah, demi AGAMA kita akan bersatu, tp melihatkan MELAYU sekarang, melayu yang macam mana ye yg boleh menyatukan kita? 

Urm kamu! ye, kamu yg sedang baca entri sy ni.. cube sekejap je, perhati sekeliling kamu.. kamu rasa akan selamat dalam dunia ISLAM yang bersandarkan Al-Quran dan Sunnah Rasul (sepenuhnya) atau dunia MELAYU yg berlandaskan.. ape ye..? sekarang??

erk.. ape pn sy masih melayu, dan saya harap saya membawa contoh/peribadi yang baik utk bangsa Melayu yang teguh dengan Islam. dan sebagai insan yang sgt normal, kelemahan, kekhilafan masih temani saya.. 

berharap sangat entri ini mencambahkan fikiran yang lebih baik antara kita, dan Allah Maha Mengetahui. Amiinnn.. 

Wednesday, July 28, 2010

sedang menjaga emosi..

بِسْمِ ٱللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

sedang tenggelam dalam kesunyian yg dicipta sendiri
sedang menghindar dari lambakan emosi manusia yang sentiasa cuba menyapa
sedang cuba memikir yang tak sepatutnya difikir
sedang lari dari bondongan isu yang tak lelah mengejar
sedang cuba aman dalam dakapan resah
sedang mengeras dalam situasi remeh yang perlukan perhatian
sedang cuba berasa gembira dengan tawa yang mereka palsukan
sedang memujuk diri berasa ok dalam setinggi harapan yang disandar
sedang ketawa menabiri tangisan yang hanya hati dapat gambarkan,
sedang hanya Dia yang tahu
sedang menurut walau tiada daya agar terbias cahaya di wajah yang tersayang
sedang menelan pahit hempedu dengan rasa manisnya madu di ruang minda
sedang membenarkan apa yang sejelasnya kekok untuk dibenarkan
sedang berperang dengan kekusutan jiwa yang terlindung dek riak yang menenangkan
sedang melukakan sedangkan kau tak layak untuk dilukakan
hanya kerana proses ini..
merubah diri mengikut acuanMu..
sedang juga menjaga emosiku supaya emosimu tidak terganggu
dek suatu yang aku tidak mahu jangkakan..

Sunday, July 25, 2010

Aku sebatang pensel

بِسْمِ ٱللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

100% BUKAN dariku.. cedokan dr blog saudari ferasavanila

Aku. Aku adalah sebatang pensil. Setiap kalian akan berkarya pasti kalian membutuhkan jasaku. Aku sama seperti manusia, sama-sama diciptakan oleh penciptanya. Manusia diciptakan oleh Tuhannya, Allah SWT, sedangkan aku diciptakan oleh si pembuat aku. Tuhan kalian memberikan pesan kepada kalian sebelum kalian dilahirkan untuk selalu beribadah kepada-Nya, menjalankan segala perintah-Nya, dan menjauhi larangan-Nya. Begitu juga aku. Sebelum aku dikemas dalam kardus kardus kecil, si pembuat aku pun memberiku pesan tentang tugas tugasku. Si pembuat aku mengatakan:


“Pensil, tugasmu yang pertama dan utama adalah membantu manusia untuk menulis, menggambar dan berkarya. Kamu boleh melakukan tugas, fungsi atau kegiatan apapun tetapi jangan pernah lupa dan meninggalkan tugas utamamu sebagai alat tulis. Kalau kamu gagal berfungsi sebagai alat tulis, maka...

Baca seluruhnya.. [klik²] --> http://voxivera.blogspot.com/

**and aku azalinya memang meminati pensel kayu -menulis dengan pensel kayu.. selalu kuperhatikan keindahan ciptaannya (walaupun suatu yg ringkas).. tiada tahu mengapa pensel kayu itu sangat bermakna untukku. Namun, kini setelah membaca artikel sahabat saudari ferasavanila membuka sedikit minda.. tentang kualiti, impak besar yg mampu sang pensel kayu berikan dari susuknya yang mungkin tak terpandangkan..

all is from Him..

بِسْمِ ٱللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful
When times are hard, or at least complicated, you often get clues via seeming coincidences, wild dreams or the appearance of people who provoke certain unique emotions within you. Right now, it's up to you to figure out what it all means and what to do with the info. You know you can do it -- if anyone is an authority at unwinding such things, it's you, so go for it.

Saturday, July 24, 2010

Life After People

بِسْمِ ٱللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

..maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya.. -Al Maidah 5:54
:) ntah knp masa asyik dgn video ni, teringat kat janji Allah yg ini.. teringat jugak kisah nabi Nuh dan bahtera yg dibina membawa sebilangan kecil manusia yg betul² beriman.. agaknya keadaannya macam ni selepas banjir besar dulu.. hancur semua.. kemudian bumi bermula dari zero, semakin indah, aman. tp kemudian akhirnya kita jua yg menjadi musuh.

apa pun ini imaginasi dan dari logik fikiran manusia.. namun ilhamnya masih dari sumber yang satu itu.. Dan Allah Maha Mengetahui segala isi hati. 

Wednesday, July 21, 2010

Nyanyian dan Hiburan dalam Islam

بِسْمِ ٱللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

  1. Islam bukanlah satu agama yang mengharamkan segala bentuk kegembiraan dan hiburan dalam hidup manusia
  2. Tumpuan hidup insan bukan kepada hiburan, tetapi kepada mengabdikan diri kepada Allah
  3. Pandangan cetek tentang hiburan boleh menyempitkan urusan muamalat dan kehidupan yang diluaskan oleh Islam
  4. Hiburan adalah hak inovasi dan kreativiti insan yang diizinkan secara luas selagi tidak menyanggahi prinsip dan hukum yang Islam tetapkan
  5. Hiburan juga ada disiplin dan batasannya
  6. Seorang muslim hendaklah melihat keluasan syarak ini sekalipun dia secara individu mungkin tidak menggemarinya. Hendaklah amanah dalam memberitahu keluasan syarak dalam hal ini.
  7. Di samping tidak wajar hidup ini disibukkan dengan hiburan sehingga melupai tujuan hidup yang sebenar. Hiburan hanya diambil dengan kadarnya sahaja, jangan dijadikan tumpuan hidup. Jika dijadikan tumpuan sehingga melupai tanggungjawab Islam, maka hiburan itu akan membawa kepada dosa dan maksiat kepada Allah.

said so..

بِسْمِ ٱللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

said so..
that i will never be addicted to you
even my flesh and blood made fun of me when i decided to start committing
and i will definitely hold on to this, for the sake of --

but it really was a joy ride ;p
and still, life is a roller coaster [trail], just gotta ride it ;)
and i will deal with it [definitely will]
despite the subsiding excitement

pahitnya rasa baru saja terluah
yg memberatkan fikiran baru saja dilepas
senangkah hati??
belum pasti
tapi sedikit dari yang melelahkan itu, sudah berlalu..

terima kasih semua.. :D

Monday, July 19, 2010

mode: bosan

بِسْمِ ٱللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

tak bosan dgn hidup
tp bosan ng yg turut jalani hidup
hidup sama seperti aku
bernafas sama seperti aku
berfikir memang tak sama seperti aku

tp sepatutnya ketaksamaan itu menjadi pelengkap kita..
aku ada apa yg kau tiada
kau ada apa yg aku tiada
kita sama tak sempurna
tapi kita boleh, dan perlu saling melengkapi


ambil saja apa yg kau boleh ambil
beri apa yg kau boleh beri
yg tak mampu kau beri, akui saja
kerna kita tak sempurna
hanya Dia yg sempurna

jadi bersyukurlah, jika hanya itu yg mampu kau beri..
jauhi kesedihan itu,
tempatnya bukan di sini
jauhi kemurungan itu,
tempatnya juga bukan di sini

aku, kau dan Dia
ini tempat kita :)

Friday, July 9, 2010

Sambal belacan..

بِسْمِ ٱللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Balik tuisyen td..ingat nk terus balik lepas anta atina balik.. makcu kate banyak kueh, nasik kat atas.. so, carik parking, berangkatla aku ke atas..

lauk makcu hari ni simple but menyelerakan. ade tumis bende, smbal belacan, ikan pekasam, ikan goreng ng kicap, selain main dishes yg lain.. dorg sume da mkn gaknye.. aku amik port sebelah uwan.. tgh dok khusyuk menilik ikan yg bakal masuk ke perut, uwan berbisik kpdku.. "ayah kau punyo samba blacan lg sodap kn??" ehhe aku pandang uwan.. straight ke mata. sambil senyum leret aku mengangguk.. uwan yg da taraf otai dlm bab memasak ni pn leh acknowledge kehebatan sambal belacan menantu die :D bangga sungguh aku ng ayah..

sambal belacan -pinjam foto dari site Amiezul Narcosis
gracias!

for me, ayah is the best cook ever. bagila ape je, walau bahan kadang tak cukup, kalau dpt kat tgn die.. aku adik beradik bertambah selera.. serius.. esp. sambal belacan die.. forever wanted! sampai adik beradik belah mak pn dah macam angau ng sambal belacan ayah. kadang tu makan nasi putih (SAHAJA ok) ngan sambal belacan ayah pn dah bleh buat ilang kempunan dorg..

aku sayang ayah
dan aku 'perlu sentiasa lihat ayah'
kerana aku sentiasa dapat melihat sebahagian dari aku dalam karakter ayah..
..aku kan anak ayah..! :D

Thursday, July 8, 2010

hardly open..

ok.. trying hard enough
but, will not succeed..


germany and spain..
can't stay for u guys..
play well je la..
yg nyata will put the jersey on to sleep tonite..
and if the prediction by paul turns out inaccurate this time..
dinda, kindly stay off my wall k :D ehhe

and the harder i try, the louder the voice from the bed i could hear
calling me.. :) good luck team!!
i wanna wake up tomorrow morning
with smile on my face..
upon receiving some good news from u..
buenas noches, todos los!!

Monday, July 5, 2010

RM0.25..

بِسْمِ ٱللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

...that creates smile on my face

ahha.. da gile gaknye..
don't wanna write much about it..
ahha.. the feeling is funny..
sweet and fun..

my first RM0.25!
wanna spend some time enjoying this sweet, tickling feeling
ahha!

just few moments ago.. had a talk
a hot, burning one..
that i decided to find some peace, blog walking..

now the smile is back again..
only with that very first RM0.25

He is great! granting such a feeling in many ways..

Sunday, July 4, 2010

sembahyang atau solat?

**[respon kepada emel yg diterima hasil perkongsian dr sahabat yg perihatin]

Salam semua,
Thanks to sender, dinda for the sharing.. 
(part of email attached at the bottom of entry)

Maaf kalau ada tersalah faham dgn niat sy.. and kalau ada yg tak betul (itu 100% kelemahan sy), mohon dibahaskan dengan perkataan yg baik.. spy sama² kita dpt manfaat..

Thanks in advance ;)

بِسْمِ ٱللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

uhmm.. ni sekadar pandangan, sy pn tak punya ilmu yg banyak utk lebih banyak bincangkan tentang hal ini.. tp ada yg sy nk kongsi.

Dari surah Al Muzammil (Orang yg Berselimut)
Surah ketiga diturunkan sesudah Al Alaq, Al Qalam 

PETUNJUK-PETUNJUK ALLAH KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W. UNTUK MEMPERSIAPKAN DIRI DALAM BERDAKWAH
Kewajiban shalat malam atas Nabi Muhammad s.a.w.
1. Hai orang yang berselimut (Muhammad), 
2. bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari[1525], kecuali sedikit (daripadanya),
[1525]. Sembahyang malam ini mula-mula wajib, sebelum turun ayat ke 20 dalam surat ini. Setelah turunnya ayat ke 20 ini hukumnya menjadi sunat.
3. (yaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit. 
4. atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al Quran itu dengan perlahan-lahan. 
5. Sesungguhnya Kami akan menurunkan kapadamu perkataan yang berat. 
6. Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan. 
7. Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak). 
8. Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan. 
...
20. Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahwasanya kamu berdiri (sembahyang) kurang dari dua pertiga malam, atau seperdua malam atau sepertiganya dan (demikian pula) segolongan dari orang-orang yang bersama kamu. Dan Allah menetapkan ukuran malam dan siang. Allah mengetahui bahwa kamu sekali-kali tidak dapat menentukan batas-batas waktu-waktu itu, maka Dia memberi keringanan kepadamu, karena itu bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al Quran. Dia mengetahui bahwa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit dan orang-orang yang berjalan di muka bumi mencari sebagian karunia Allah; dan orang-orang yang lain lagi berperang di jalan Allah, maka bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al Quran dan dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berikanlah pinjaman kepada Allah pinjaman yang baik. Dan kebaikan apa saja yang kamu perbuat untuk dirimu niscaya kamu memperoleh (balasan)nya di sisi Allah sebagai balasan yang paling baik dan yang paling besar pahalanya. Dan mohonlah ampunan kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 
Macam mana ya?? uhmm.. sy petik drp terjemahan [klik] al-quran digital yg sy install dlm mi lappie.. setelah menyedari yg selama ini sy sibuk mencari pahala membaca al-quran dgn tajwid, (sambil mencuba sedikit taranum ehhe) tanpa menjadikan al-quran itu sebagai hudan/huda (petunjuk), macam manalah sy nk jadikan quran sbg petunjuk kalau tak faham maksud? maka kini saya sedang berusaha memahami spy sy boleh memfungsikan kitab yg selama ini dijunjung :) dan dlm hal ni sy tidak melakukan sendirian.. sbb..
An Nahl 16:43. Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui, 
Al Anbiyaa' 21:7. Kami tiada mengutus rasul rasul sebelum kamu (Muhammad), melainkan beberapa orang-laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka, maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui. 
berbalik kpd soal penggunaan istilah solat/sembahyang..  apa yg penting nawaitu (sahaja aku..).. kalau selama ni kita solat/sembahyang, ..kerana Allah taala.. maka sebenarnya siapa yg tentukan amalan solat/sembahyang kita diterima/tidak?
At Taghaabun 64:4. Dia mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi dan mengetahui apa yang kamu rahasiakan dan yang kamu nyatakan. Dan Allah Maha Mengetahui segala isi hati. 
spt yg dinyatakan awal² td, ilmu sy terlalu sikit dlm bab agama ni, nk mengulas lebih pn takut tersalah pulak, jd sy biarkan ayat² Allah tu berjalan sendiri.. tak pernah berubah dari dulu lg.. 

dan satu hal lg, ini pandangan bersifat peribadi jua, selagi kita faham tujuan kita melakukan sesuatu yg baik tu, disertai niat yg betul, dan tawakkal, insyaallah nikmatnya akan dapat kita rasa..

istilah itu ciptaan manusia, (malah terjemahan ini juga diusahakan oleh manusia.. yang ingin menyampaikan suatu naskhah yg wajib kita amalkan kandungannya, suruhan mentauhidkan Allah) yg penting sejauh mana kita nk 'manipulasi' apa jua istilah ciptaan manusia itu (dalam bahasa yg kita sendiri faham) ke jalan yg diredhai Allah.. Allah Maha Mengetahui segala isi hati.
والله اعلم




THE E-MAIL
Subject: Solat

Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya, istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik."

Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan "Sembahyang." Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah berhala yang bernama Hyang."

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada "menyembah dewa yang bernama Hyang."

Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai "Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada "menyembah dewa bernama Hyang."

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh," kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya

Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.

Saturday, July 3, 2010

sms penting

بِسْمِ ٱللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 
Yusri minta kite sume doakan wife nye smoga selamat. skang kat dlm icu ade intenal bleeding. sesame kite doakan
From: Taufik
i was shocked, seriously.. masa jmpe yusri kat hospital klang hr tu.. kuasa allah, tujuan aku berada kt kedai dlm spital tu, utk blikan mak topup.. baru je nk melangkah masuk, die keluar.. gile da lame gak tak dengar citer terbaru die and wife.. baru gak kawen, tak sampai 2 years. last jumpe tak silap masa kawen taufik.. nampak dia suami isteri sihat and happy jek..

i didnt expect to hear that news from him. wife kat icu, suffering from blood cancer, and agak baru gak miscarriaged their first baby.. i asked further, the story was not something pleasant to share.. 

Al Baqarah 2:286. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.
ini bahagian yusri dan isteri.. semoga mereka/kami tabah dan redha atas ketentuanMu. ya Allah, Kau mudahkanlah urusan mereka dunia akhirat. amiin.. 

Thursday, July 1, 2010

Kita manusia biasa..

Siti Nurhaliza's Cinta Ini
Enjoy!!

Betapa Engkau Menyintai
Agungkan Aku Bagai Seorang Puteri
Selalu Kau Puja Diriku Ini
Melayang Aku Tak Memijak Bumi

Namun Terkadang Ku Rasakan
Apakah Sikapmu Tak Berlebihan
Aku Wanita Tak Sempurna
Bukan Sekilaunya Batu Permata

Marilah Bersama Jalani Cinta Kita Apa Adanya
Saling Mengerti Dan Sudi Menerima
Kita Manusia Biasa
Marilah Menjaga Kesucian Cinta Rahmat Yang Kuasa
Saling Berpadu Hati Untuk Berdua
Dalam Dakapan Mesra

Nikmati Suka Berbagi Duka
Seiring Denganmu Aku Bahagia
Genggam Jemari Dan Berjanji
Setia Selamanya Sampai Akhir Nanti

Press