Tuesday, June 28, 2011

Biar miskin, tak sentiasa kehilangan..

Murah rezeki. Bukan hanya babitkan RM. Hadirnya boleh jadi dalam bentuk material. Itu dah biasa.

Hari ni. Di sebalik material yang sampai, fikiran lebih jauh mensyukuri nikmat 'silaturrahim', 'understanding' yang diterima lewat kebanyakan pertemuan. Senyum. Tak salah rasanya menerima kenyataan bahawasanya hidup ini lebih indah kalau diberi sedikit ruang dan masa untuk diam. Dan senyum.

Biar saja dilihat seperti si gadis yang kehilangan warasnya. Individu yang artistik, (bilang si Fatin 'anak perempuan' ayah yang satu lagi itu).. memang beginilah aku. Kurang 'disiplin', tak sukakan peraturan.. Setuju sangat tapi, satu perkara yang harus kebanyakan terima, aku jalani hidup dengan tafsiran yang biasanya beza dari fikiran kebanyakan.. dan pandangan yang bersifat negatif mahupun positif yang tiada aura membina, maaf, terpaksa kutepis mudah, tak berminat ku ambil kisah. Senyum lagi, sedikit menyakiti hati ;-)
Biar sukar sifatnya menyenangkan
Biar mudah sifatnya jauh menyeksakan
Biar kaya tak sentiasa memiliki
Biar miskin tak sentiasa kehilangan
View taken on the way home after school. Sunset. 
Akhir kalam.. Yang di atas, pesanan untuk diri terutamanya. Kalau diberi kesempatan untuk terus diberi peluang melihat sejauh ini.. Semoga menjadikan aku lebih baik, dan jika sebaliknya, harus diakui adalah normal menjadi selemah ini.. Allah lebih tahu apa yang aku perlu.. Perlu dapat, dan perlu sumbangkan. Dan segala kebaikan adalah dariNya jua.. Senyum.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Monday, June 27, 2011

telah aku biarkan mereka bunuh rasa riaku..

Kenyataannya malam ini
Aku membosankan
Aku menjengkelkan
Aku menyakitkan hati
Bagi mata lelah yang memandang

Aku memuakkan
Aku mudah saja mendatangkan marah
Kepada tenaga yang tinggalnya separuh

Dan aku nekad matikan apa jua anjakan yang bisa saja dilaku
Walau biasanya sedar, hati ini kuatnya sukar dimengertikan
Punya upaya mencair ego sendiri
Detik ini, upaya itu sengaja dimatikan
Enggan dipamer langsung
Kepada mata-mata celik yang buta itu!
Kepada telinga-telinga yang tuli itu!
Aku, matikan diri.

Teganya kau, bikin diri ini cemburu..
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sunday, June 26, 2011

"Jangan". Kata nafi bukan pilihan.

Jangan ganggu privasiku..
Jangan ganggu baik emosiku..
Jangan cemburu ceria hidupku..
Jangan sentuh keras prinsipku..
Jangan segan datang padaku..
Jangan terbiasa menghakimi..
Jangan pernah perbudakkan matang fikirku..
Jangan sangka aku tak mampu..
Jangan akui kita sama..

Jalan Manggis ;-)
Jangan PERASAN tahu segala..
Jangan ingat aku tak tahu..

"Jangan" ini pasti bersambung..
Published with Blogger-droid v1.7.2

Tuesday, June 21, 2011

I like your father lei..! -Chris

As his biological daughter, how should I be feeling like? ;-) Call my ayah, AYAH.. I won't mind.. there are thousands of good reasons why I am happy to share my ayah with everyone.. I want nothing, but 'doa's in return.. boleh kan? 

What ever on his mind.. I wish I know..
Kundasang ;-)

..and me, signing off to sleep ;-)
Published with Blogger-droid v1.7.1

Monday, June 20, 2011

me and Fith feat. Fatin

Before I fall asleep. Penuh hari ni. went to Selayang Mall to see my darling girlfriend, Fith. Last time we met was in Ramadhan last year. Lama dah kan. Cam busy sangat je, padahal Selayang and Pantai Dalam only a half-an-hour drive.

Was fun. Wonderful. We got to know her parents yang sangat happening ;) Tq darling! Kan Fatin? (who was behind the photo



And these photos are meant to sow the jealousy seeds in the heart of an online friend, cik Ali ;-)

Ok bubbye.. nak tido.. ;-)
Published with Blogger-droid v1.7.1

Sunday, June 19, 2011

350ml of mine.. not anymore ;-)

Dear isbland.. Wah, lama tak guna.. erm ape ye.. Hehe.. cam #kerangbusuk. Saje nak share ni.. 


Ehhe.. FREE GIFTS! I like free gifts ;-) walaupun hampir kecewa td, sampai je ke tempat kejadian, masing-masing da pakat-pakat kemas.. hampa gila. Mujur ada pasangan akak and abang dari wardieburn yg turut sama kecewa bgtau mereka suruh ke pusat darah negara #pdn which is situated nearby.. #thankyou kakak.

Hangin jugak kot. Tulis dari kul9 sampai 3. Tp lom kul 3 lagi da siap kemas. Akak tu lagi haru.. kul 1 sampai pun da tutup kaunter.. iskisk.. terkilan gak.. da siap tukar plan nak pi layan movie je.. but da tertulis cecair merah berisipadu 350ml tu tak mahu lagi berada dalam sistem isb walau utk sehari saja lagi.. ;-) di depan gate pdn, kereta ku hala masuk.

Selesai. Tertunai niat. Tapi ada pulak insiden.. ehhe.. takleh share part ni.. unless diberi keizinan oleh empunya diri. Apa pun semua tu pengalaman. Harusnya telah mengajar sesuatu.. and semoga semuanya baik-baik saje ye..

And to the non-muslim doctor, Dr Win(?) who could convey a beautiful Islamic advice to us.. aku sangat mendoakan agar kamu dikurnia hidayahNya.. Amin..

--Ramadhan terasa dekat sudah.. ;-) 


Ini my sister.. Christina.. She is stronger now. Wish she will not break lagi.. And I thought she was not that serious about that vacation ;-) now I guess, I have to save another date. Aku mengharapkan doa, agar dia bergelar saudara kita.. satu hari nanti.. aku mohon kekuatan dan pertolongan tiada yang lain dariMu ya Rahman..
Published with Blogger-droid v1.7.1

Thursday, June 16, 2011

becoming more human

Talked to an astro subcon.. learnt how an unwise boss killed his former employee by firing him despite the job well done.. all because of practicing egoism.. #stupid. Kasar sikit. Maaf.

Ingat je. Apa kita tanam (buat) sekarang, itulah yg bakal kita petik (balasan/hasilnya) nanti. And sebelum sampai waktunya, tak payah peningkan kepala memikior.. sebab, sebesar zarah pun kita tak tahu yang pasti.

Aturan hidup ni dah cantik. Yang berlaku depan mata.. bukan sekadar peristiwa.. semuanya pelajaran kepada yang mahu mengambil tahu.

Cuma selang beberapa jam.. foto ni mencuri perhatian. Mujur di tangan, Andy sedia beri khidmat. Saksikan.. ;)

"Majikan perlu hormat HAK & SUARA pekerja. Demi menjamin keharmonian industri"
Isunya mmg tak lari.. mari memikir tanpa perlu menjatuh hukum ;) Ingat, mudah mahu ke syurga..?
Published with Blogger-droid v1.7.1

Tuesday, June 14, 2011

an open letter | a date to offer.. #kehkeh.. ;)


nak cari member temankan yang payah nih.. i mean kalau yang nak follow untuk temankan je pun cam tak best jugak.. i want a bunch of #blooddonor friends.. tapi di mana? last time i took along makcu and kak siti.. tapi now kak siti pun macam sibuk.. kid, nak ikut tak?? ahha.. macam surat terbuka lah pulak.. ntahkan si kid, datang jenguk sini pun tidak.. fatin, yang sentiasa kebosanan kat umah.. i think she would prefer if i ask her to accompany me to a movie kot.. urm.. sape..?

click image to enlarge.. #thankyou! ;)
kat sana sure ramai angel-hearted #blooddonor.. kalau kelompok kecil je, seronok gak pi sorang².. kalau dah ramai.. haddoi.. hah! bancik..! si pipi tembam tuh.. rasenye cam pernah luahkan hasrat hati nak beramal.. leh ajak kawan perempuan dia tu sekali.. dating sambil beramal.. amacam..? ;)

Saturday, June 11, 2011

new profile photo | sangat suka

ahha.. memangla perah santan je keje ko ni ngah.. well, do i look like i really care..?? tidak kan? sama sekali tidak ;) i just loved it.. til now.. 

me and andy (for ANDroid) ehhe.. represents me #now :)
credit goes to one of the brothers for the original photo
i do not subscribe to internet plan unless when i go out-station.. bazir je kot.. sebab kerja ni tak perlu selalu online (from 8-4).. apa pula kata parents kalau during that period, nampak cikgu sains anak dia dok layan komen di #fb atau sibuk sending tweets di #twitter.. sekali sekala go online for resources takpe kot.. selainnya.. kita sendiri fikir tentang keberkatan sumber rezeki sendiri.. we may cheat others, we may deny ourselves but not him.. so, jangan pernah lupa ok ;)

so, eversince andy came to my life.. and got wifi at home.. ;) you know the rest of the story.. just, do not justify.. 

dalam percutian keluarga yang lepas.. ada beberapa gambar yang telah berjaya mencuri hati.. akan upload di flickr.. untuk kenangan.. and since alang ada mencadangkan kami usahakan satu custom album untuk percutian ni.. aku turut berminat.. ;)

da senja.. maghrib bakal menjelma.. till we meet again.. 
RT @IslamicThinking My faith teaches me to hate the bad deed, never the person committing it. A person can always change. #islam

Thursday, June 9, 2011

baru pulang | from land below the wind..


my heart doesn't want to write.. perlu dipujuk barangkali.. ;) duhai hati.. bersemangatlah.. 
"bagaimana mahu mula semangat kalau minda masih belum kosong?" -hati
"sudah 5 hari aku kosong, semalam hari terakhir. hari ni ia mulai penuh dengan perkara-perkara yang sama sebelum ia dikosongkan beberapa hari lepas" -minda
dan kami nampaknya keletihan kerana itu. keletihan kerana memikir tanggungjawab yang kembali terbeban. hanya sekadar memikir, belum lagi melaksana. begitulah kebiasaannya. dan harus sekarang kami kembali programkan minda agar kembali bersemangat menjalani hidup yang biasa-biasa ini.

belum pun apa-apa, kinabalu kembali menggamit ingatanku kepadanya yang baru semalam kami tinggalkan.. kak su dari salam melayangkan email untuk bantu men'design" beberapa item untuk program 'salam kinabalu' oktober nih.. haddoi.. sign ke ape nih.. hikhik.. ok, kak su.. apa-apa je untuk salam. teringin sangat nak join balik aktiviti salam. tak sangka pulak saya masih belum berjaya mengurus waktu dengan baik. semoga diberi kebijaksanaan  untuk baiki yang satu tu..

sekarang, kami sedang mengumpul semua gambar dari segala device yang terlibat.. camera, phone.. nampaknya belum dapat dihabiskan since camera along buat hal (minor je pun). takleh baca memory stick.. so need cable to help. cable pulak tinggal di camp.. haddoi... lagi! memory sticknya diserang virus! mujur masih boleh diselamatkan..

minggu depan kembali ke sekolah.. dan sebelum tu kuwajibkan diri sempurnakan beberapa perkara.. (ni yang memberatkan fikiran rupanya ;)
  1. semak kertas peperiksaan yang lepas
  2. pnp ;)
  3. persediaan majlis ilmu -perjumpaan dengan parents
  4. kemaskini jadual tuisyen
 sebelum apa-apa.. tengok gambar ni.. baru je tak sampai seminggu ditinggalkan.. monyet-monyet kat hutan belakang tu dah buat kurang ajar kat mylove. bukan setakat dia gugurkan habis putik-putik rambutan tu.. habis diberakkan sekali si merah kesayangan hamba.. huh! #sakithati #dendam sama si beruk-beruk tu!


ini mungkin baru bahagian pertama ;)

Press