Tuesday, March 30, 2010

malam

cute.. baik punyer port. on mi lappie :D

Malam terang. Angah baru balik dari melawat bilik air kat luar rumah td. Hari ni, malam indah. Sepatutnya terang, lebih terang. Tp awan lindungi sang rembulan. Jadi, sirna. Cengkerik, cam biasa temani malam yg aslinya sunyi. :) bahagia sangat. Sudah banyak anugerah Allah ni, angah hargai, dengan cara sendiri. Tp rasanya baru saja nk bermula proses mensyukuri nikmatNya. Dianugerahkan manusia ini selaku hamba yg tersangatlah kerdil dengan telinga, mata dan hati. Hadiah sedari lahir dari yang Maha Pemurah, Maha Pengasih.

Ya Allah moga aku lebih beriman utk mensyukuri 3 anugerahMu ini sebaiknya utk mensyukuri anugerahMu yg lain. Amiinnn.

Ehhe.. da nk tutup buku da ni, tp rase cam da lame kutinggalkn buah hatiku ini tanpa sebarang coretan. Hati ni sebenarnye penuh ng cerita, macam overloaded pn ade gak. Uhhu tp ampuni aku ya Allah, seolah masa 24jam yg Kau beri tak pernahnye cukup. Masih gagal aku uruskan sebaiknya.

Pernyataan ini kutuju khas buat sahabat² yg cuba mendekati aku, mencapai perhatianku bahawasanya.. ‘akan aku pergi balik kepadamu secepatnye’ :) klu dalam bhs orang putehnye.. ‘will get back to you soon’ :) ahha, jgn tak dilayan pule ye... Sungguh. Maaf kalu ada yg tersinggung atas panggilan rindu (missed call), sms yg tak sempat berbalas lagi, hingga ke hari ini. Angah dalam usaha menyelesaikan satu demi satu tugas² yg membunuhku (ehhe, xdela!). insyaallah da hampir siap urusan yg mencabar fizikal dan emosi ini :D

Monday, March 22, 2010

---




Berasa sepertinya sudah melaksana sedikit (hanya secubit) dari yang banyak fitrah manusia. Bila diri dapat difungsi sebagai objek yg mampu buat yang muram ada senyum di matanya, yang sakit ada sihat difikirannya, yang serabut ada tenang di jiwanya, yang bosan ada ria di hatinya. Tidakkah kita sudah menjalankan sedikit dari fungsinya diri?


Apa jua yg kamu rasa lantaran perhatian yg telah angah berikan, sandarkan harapan itu hanya pada Allah. Angah tiada kuasa tentukan apa yg kamu hajatkan melainkan Dia yg Maha Pengasih. Kalau tujuan kita tidak bertemu, yakinlah perbezaan itu takkan bawa kita ke mana². Jadi berusahalah agar ia bersatu. Berdoa.

Sunday, March 14, 2010

AQ-1


asalnya ayat ni angah simpan dalam my notebook as personal reminders. sbb angah ni sll lupe. tapi after quite a thinking, nape nak simpan benda yg baik utk diri sendiri je? tak ke selfish namenye? semoga bermanfaat. Mungkin lepas ni akan ade lagi AQ-2, AQ-3, ...AQ-n. Insyaallah..

6:106. Ikutilah apa yang telah diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu; tidak ada Tuhan selain Dia; dan berpalinglah dari orang-orang musyrik.

6:116. Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)[500].
[500]. Seperti menghalalkan memakan apa-apa yang telah diharamkan Allah dan mengharamkan apa-apa yang telah dihalalkan Allah, menyatakan bahwa Allah mempunyai anak.

12:111. Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.

43:36. Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya.

43:37. Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk.

20:100. Barangsiapa berpaling dari pada Al qur'an maka sesungguhnya ia akan memikul dosa yang besar di hari kiamat,

**dosa besar = hanya dengan berpaling dari al-Quran. DOSA BESAR! Selama ni yg angah tau antara dosa besar, 1-membunuh, 2-derhaka pd ibu ayah, 3-minum arak, 4-rogol, 5-bersekedudukan… antara yg diberitahu, tp belum pernah diingatkan bahawa seringkas berpaling dari (pengajaran) al-Quran je kita da berdosa besar. Speechless!

13:11. Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah[767]. Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan[768] yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.
[767]. Bagi tiap-tiap manusia ada beberapa malaikat yang tetap menjaganya secara bergiliran dan ada pula beberapa malaikat yang mencatat amalan-amalannya. Dan yang dikehendaki dalam ayat ini ialah malaikat yang menjaga secara bergiliran itu, disebut malaikat Hafazhah.
[768]. Tuhan tidak akan merobah keadaan mereka, selama mereka tidak merobah sebab-sebab kemunduran mereka.

29:49. Sebenarnya, Al Quran itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu[1156]. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim.
[1156]. Maksudnya: ayat-ayat Al Quran itu terpelihara dalam dada dengan dihapal oleh banyak kaum muslimin turun temurun dan dipahami oleh mereka, sehingga tidak ada seorangpun yang dapat mengubahnya.

19:97. Maka sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Quran itu dengan bahasamu, agar kamu dapat memberi kabar gembira dengan Al Quran itu kepada orang-orang yang bertakwa, dan agar kamu memberi peringatan dengannya kepada kaum yang membangkang.

55. Surah Ar-Rahman.
1. (Tuhan) Yang Maha Pemurah,
2. Yang telah mengajarkan al Quran.
3. Dia menciptakan manusia.
4. Mengajarnya pandai berbicara.
5. Matahari dan bulan (beredar) menurut perhitungan.
6. Dan tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohonan kedua-duanya tunduk kepada Nya.
7. Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca (keadilan).
8. Supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu.
9. Dan tegakkanlah timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu.
10. Dan Allah telah meratakan bumi untuk makhluk(Nya).
11. Di bumi itu ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang.
12. Dan biji-bijian yang berkulit dan bunga-bunga yang harum baunya.
13. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
16. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
18. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

**sehingga habis ayat ke-78, sebanyak 31 kali soalan yang sama telah diajukan kepada kita, TIGA PULUH SATU KALI
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?.
Tak pernah sekalipun angah sedar yg soalan itu ditujukan kepada kita, sebagai ujian kepada keimanan kita selama ni. Angah dah cuba jawab, hasilnya: TEARS… perasaan bercampur, kesal (sebab tak pernah nak ambil tahu) + syukur (sebab baru ditunjukkan).. alhamdulillah..

Malunya pada diri, hanya Allah je yang tau. 27 tahun da diberi peluang bernafas di bumiNya. Kita bangga sebab lancar membaca quran, khattam mungkin sudah beberapa kali, bersemangat menyairkan (bertaranum dengan) kalam² suci Allah tu. Tp sebenarnya tak kenal, tak faham pun apa sebenarnya yg diperintahkan, apa fungsinya al-Quran tu.

54:17. Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?

2:186. Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran

**maka, berdoalah supaya hati ini tidak mati. Supaya hati ini mudah dibentuk kembali ke jalanNya. Aminnn.. Ya Rabbal 'Alamiinnn..

Tuesday, March 9, 2010

wanita

Salam tuk seisi alam especially yg bergelar wanita. Semalam seluruh dunia meraikan wanita. Bertuahnye :)

Post kali ni mungkin pendek je. Cuma nk berkongsi sedikit perihal wanita. Pagi tadi, driving to work, hotchat pasal pengorbanan wanita, rasenye. Luahan hati seorang pendengar wanita mengenai sang suami yg tak menghargai usaha yg dilakukan utk rumahtangga. Hal memasak je pun. Kalau dulu sebelum kahwin si isteri mengaku tak reti masak, pasangan kate, takpe.. boleh mula memasak selepas kawen. Tapi bila dah sah ‘kau milikku’, cepat benar lupa akan peluang yg (dulu) pernah diberi. Hilang dah, sikap cuba memahami..

Lumrah ke?? Angah katakan ini bukan lumrah. Sebab angah juga biasa ditemukan dgn pasangan yg boleh jadi contoh. Angah kata, ini pilihan lelaki (egois) itu untuk berubah dengan cara yg sebenarnya dia sendiri tahu bahawa dia tidak memplotkan graf yg positif utk dirinya. Hanya berani membina hubungan tapi utk bertanggungjawab atas perjalanan hubungan yg dia sendiri bina… JAUH sekali. Agaknya kalau dia seorang arkitek. Dia mungkin seorang arkitek yg hanya inginkan nama untuk rekabentuk bangunan tersebut. HANYA REKABENTUK. Ttg tahap keselamatan, material apa perlu diguna..serah saja pada yg lain. Kerana APA YG NAMPAK itu yg lebih bermakna. Kerana pujian PUBLIK hanya pada yg jelas kelihatan. Apa yg tak nampak, cuma segelintir yg nak ambil tahu. Jadi dialognya, “ada aku kesah?”

Simplenye hidup. Senangnya hati. Tak perlu fikir perasaan yg lain. 

Angah teringat perbualan 2 org kenalan. Mgkin telah melalui pengalaman yg sama, sehingga keduanya bersetuju bila mereka sendiri mengatakan ini, “mungkin perempuan ini dilahirkan utk menjadi hamba suami”. Astaghfirullah al’aziim.. sedih betul dgr, sampai macam tu sekali diorg terima hakikat luka yg dihadiahkan sang suami kpd mereka. Jelas mereka lagi, biasanya wanita yg akn kuat pertahankan hubungan mereka, bukan untuk diri sendiri, tapi kerana ANAK. Mulianya.. Semoga akan tiba satu hari nanti si ayah mampu memberitahu zuriatnya nnt bahawa "ayah bersyukur kepada Allah kerana ditemukan dgn ibu kamu yg sanggup berkorban segalanya (kamu faham maksud 'SEGALANYA'?) utk pertahankan keluarga kita, nak.., untuk bertahan dgn khilaf ayahmu ini, kerana kesabaran itu, kita masih ada satu sama lain. Alhamdulillah" 

Angah berdoa, semoga golongan wanita yg seperti ini diberikan 1001 kekuatan dan kesabaran utk dugaan² seperti itu. Amiinn.. jom kita sama² harapkan yg terbaik utk mereka.. dan supaya lenyaplah sikap² yg negative dari diri setiap dari kita, tak kira gender.

Sedikit cedokan dari site md-azizi
Pernah suatu ketika, aku terdengar seseorang berkata begini... "Kenapa diciptakan Hawa daripada tulang rusuk Adam?Kenapa tidak tulang bahu?Tangan, Kaki?" Dan yang berkata itu adalah seorang perempuan...iskk...sedihnya...ada juga perempuan yang tak tau simbolik setiap kejadian yang diciptakan Allah.Setiap yang diciptakanNya itu banyak makna tersirat dan simbolik dan kerana itu setiap yang Dia ingin ciptakan maka akan terciptalah... Tapi itu semua buat aku terfikir.Kenapa Allah ciptakan Hawa dari tulang rusuk Nabi Adam.Ada sesetengah meriwayatkan rusuk kiri.Tapi pernahkah semua wanita dalam dunia ini memikirkannya? Simboliknya disini ialah... Allah tidak memilih tulang tengkorak atau bahu, simboliknya perempuan itu bukanlah untuk lelaki sembah atau di julang-julang.Di junjung dan diagung-agungkan. Pun begitu, Allah tidak memilih untuk diciptakan Hawa daripada tulang kaki kerana letaknya perempuan bukanlah dibawah kaki lelaki.Bukanlah jua untuk diperhambakan.Dihina dan dikasari. Tetapi Allah memilih tulang rusuk (ada yang meriwayatkan dari rusuk sebelah kiri Adam) kerana berdekatan dengan rusuk, adalah tangan.Simboliknya, perempuan itu haruslah lelaki lindungi.Paling penting sekali, kedudukan seorang perempuan adalah disisi seorang lelaki.Bukan di atas kepala atau dibawah tapak kaki. Berdekatan dengan rusuk juga ada hati.Simboliknya adalah perempuan jugalah penawar segala racun dan yang paling penting sekali, perempuan itu haruslah lelaki cintai. Kerana rusuk adalah bahagian paling sensitif.Simboliknya, perempuan itu tidak boleh lelaki kasari.Kepada semua lelaki, cuba andaikan, ada seseorang memukul rusuk anda.Pasti sakit bukan?Begitu jugalah perempuan.Seperti mana anda pukul, seperti itulah yang dia (perempuan) rasai.Sakit yang mendatangkan dendam, benci dan sebagainya.Tangan lelaki sebenarnya berbisa. Dan kerana, berdekatan dengan rusuk itu banyak organ-organ penting.Simboliknya, kalau tak ada 'rusuk' tidaklah teguh dan lengkap dalam kehidupan lelaki.Lelaki dan perempuan diciptakan berpasangan dan saling memerlukan.Jangan pernah berkata, No Woman No Cry.Hakikatnya yang sebenar, lelaki perlukan perempuan dan perempuan perlukan lelaki untuk hidup. Hakikat cinta yang sejati itu ialah apabila kita berasa dekat di hati.Biar pun kedudukan rusuk itu jauh dengan mata tetapi rusuk itu sangat hampir dengan hati.Kita merasai kewujudannya.Kita menghela dan menghembus nafas seirama. Adalah tidak adil apabila perempuan itu dikasari, dihina, diagung-agung dan dilupakan.Pun begitu, kepada kaum Hawa, harapnya tiadalah pertikaian sebegini hendaknya.Tak usahlah dipertikaikan lelaki itu..lelaki ini...perempuan itu...perempuan ini...Kita semua sama dan diciptakan atas dasar cinta dan kasih. Paling penting sekali, jangan mempertikaikan setiap kejadian Tuhan.Walau sehebat mana anda (perempuan) sekali pun, letaknya adalah disisi seorang lelaki.Bukan diatas kepala atau dibawah kaki. hurmmmm...... hebatkan ciptaan Tuhan... Hargai la insan yg bergelar perempuan. ibu n isteri seorg perempuan... jgn seksa hati n perasaan seorg perempuan

**dulu, sbb pandangan sebeginilah angah pernah disebut sebagai anti-lelaki. Bukan anti-lelaki, (aktivis wanita kot ;) tapi kadang angah cepat marah dgn keadaan di mana perempuan selalu disebut sebagai 'yang menjadi mangsa'. Angah tak rasa wanita sepatutnya jadi mangsa kalau mampu menggunapakai dengan sebaiknya anugerah Allah yg disebut 'AKAL'. Kita sentiasa boleh membuat pilihan. Siapa yg nak marah kalau kita pilih bahagia dari derita, atau memilih derita dari bahagia?? Pokok pangkalnya bergantung kpd diri sendiri.. setelah berusaha dengan pilihan yg dibuat, serahkan segalanya kepada Yang Maha Kuasa.

Sunday, March 7, 2010

another sunday

Asalnya macam nk turut kate hati yg malas utk menaip. Selalu salahkn masa. Kali ni angah malu pada diri sendiri. Sbb baru semalam borak ng kak siti, cakap pasal tujuan hidup. Pasal pengurusan masa 24 jam yg setiap dari kita ada. Setiap kali ada hal² yg tak dapat kita buat, selalu sangat tanpa rasa bersalah, kita jadikan masa sebagai penyebabnya. Ehhe sebenarnya dgn rasa rendah diri, angah selalu gak buat camtu. *malunyeee..

Tapi semalam, angah decide nk ubah perkara yg satu tu. Insyaallah, minggu depan schedule penuh dgn temujanji yg tertangguh ehhe. tp insyaallah masih ada kekosongan utk berbicara hal yg baik² ye. Cuma perlu percaya, utk setiap tujuan/ niat yg terarah kepada kebaikan, allah pasti tunjukkan jalan, insyaallah..

Ni rasa cam nak demam lepas balik dari swimming pool tengahari td. Badan rase tak sedap. Sebab terlebih klorin ke? Atau mungkin sbb cuaca tak menentu skang ni. Yg risau ni, sok budak² da start ujian. Mintakla diberikan kesihatan yg cemerlang tuk ko sekolah sok. Amiinnn..

Despite the pain, siang tadi angah jenguk gak apau yg sibuk ng kebunnya. Kami pi pekan teluk tadi, cari benih sayur. Ehhe dapatla benih jagung, sawi, kobis, tomato ng salad. Angah skrang giat menyokong usaha apau tuk go green. Since skrg ni kami da terpengaruh ng channel afc, so ade perkara baik yg apau cuba follow. “Nak macam river cottage” katanya. Ehhe kadang tu style gile bile tengok naked chef, dgn rakusnya harvest sendiri sayur² yg die nak masak. N dgn selamba host french food at home main petik je daun² rempah yg die nk guna dlm masakan kat luar dapur dia. N guess what, “work is in progress”. :)

**tak dapat upload gambar mlm ni.. will do it later..

Erk. Belakang da start sakit. Nk mintak apau sapu minyak. Hope i will regain my health tomorrow. amiinnn...

Press