Tuesday, March 9, 2010

wanita

Salam tuk seisi alam especially yg bergelar wanita. Semalam seluruh dunia meraikan wanita. Bertuahnye :)

Post kali ni mungkin pendek je. Cuma nk berkongsi sedikit perihal wanita. Pagi tadi, driving to work, hotchat pasal pengorbanan wanita, rasenye. Luahan hati seorang pendengar wanita mengenai sang suami yg tak menghargai usaha yg dilakukan utk rumahtangga. Hal memasak je pun. Kalau dulu sebelum kahwin si isteri mengaku tak reti masak, pasangan kate, takpe.. boleh mula memasak selepas kawen. Tapi bila dah sah ‘kau milikku’, cepat benar lupa akan peluang yg (dulu) pernah diberi. Hilang dah, sikap cuba memahami..

Lumrah ke?? Angah katakan ini bukan lumrah. Sebab angah juga biasa ditemukan dgn pasangan yg boleh jadi contoh. Angah kata, ini pilihan lelaki (egois) itu untuk berubah dengan cara yg sebenarnya dia sendiri tahu bahawa dia tidak memplotkan graf yg positif utk dirinya. Hanya berani membina hubungan tapi utk bertanggungjawab atas perjalanan hubungan yg dia sendiri bina… JAUH sekali. Agaknya kalau dia seorang arkitek. Dia mungkin seorang arkitek yg hanya inginkan nama untuk rekabentuk bangunan tersebut. HANYA REKABENTUK. Ttg tahap keselamatan, material apa perlu diguna..serah saja pada yg lain. Kerana APA YG NAMPAK itu yg lebih bermakna. Kerana pujian PUBLIK hanya pada yg jelas kelihatan. Apa yg tak nampak, cuma segelintir yg nak ambil tahu. Jadi dialognya, “ada aku kesah?”

Simplenye hidup. Senangnya hati. Tak perlu fikir perasaan yg lain. 

Angah teringat perbualan 2 org kenalan. Mgkin telah melalui pengalaman yg sama, sehingga keduanya bersetuju bila mereka sendiri mengatakan ini, “mungkin perempuan ini dilahirkan utk menjadi hamba suami”. Astaghfirullah al’aziim.. sedih betul dgr, sampai macam tu sekali diorg terima hakikat luka yg dihadiahkan sang suami kpd mereka. Jelas mereka lagi, biasanya wanita yg akn kuat pertahankan hubungan mereka, bukan untuk diri sendiri, tapi kerana ANAK. Mulianya.. Semoga akan tiba satu hari nanti si ayah mampu memberitahu zuriatnya nnt bahawa "ayah bersyukur kepada Allah kerana ditemukan dgn ibu kamu yg sanggup berkorban segalanya (kamu faham maksud 'SEGALANYA'?) utk pertahankan keluarga kita, nak.., untuk bertahan dgn khilaf ayahmu ini, kerana kesabaran itu, kita masih ada satu sama lain. Alhamdulillah" 

Angah berdoa, semoga golongan wanita yg seperti ini diberikan 1001 kekuatan dan kesabaran utk dugaan² seperti itu. Amiinn.. jom kita sama² harapkan yg terbaik utk mereka.. dan supaya lenyaplah sikap² yg negative dari diri setiap dari kita, tak kira gender.

Sedikit cedokan dari site md-azizi
Pernah suatu ketika, aku terdengar seseorang berkata begini... "Kenapa diciptakan Hawa daripada tulang rusuk Adam?Kenapa tidak tulang bahu?Tangan, Kaki?" Dan yang berkata itu adalah seorang perempuan...iskk...sedihnya...ada juga perempuan yang tak tau simbolik setiap kejadian yang diciptakan Allah.Setiap yang diciptakanNya itu banyak makna tersirat dan simbolik dan kerana itu setiap yang Dia ingin ciptakan maka akan terciptalah... Tapi itu semua buat aku terfikir.Kenapa Allah ciptakan Hawa dari tulang rusuk Nabi Adam.Ada sesetengah meriwayatkan rusuk kiri.Tapi pernahkah semua wanita dalam dunia ini memikirkannya? Simboliknya disini ialah... Allah tidak memilih tulang tengkorak atau bahu, simboliknya perempuan itu bukanlah untuk lelaki sembah atau di julang-julang.Di junjung dan diagung-agungkan. Pun begitu, Allah tidak memilih untuk diciptakan Hawa daripada tulang kaki kerana letaknya perempuan bukanlah dibawah kaki lelaki.Bukanlah jua untuk diperhambakan.Dihina dan dikasari. Tetapi Allah memilih tulang rusuk (ada yang meriwayatkan dari rusuk sebelah kiri Adam) kerana berdekatan dengan rusuk, adalah tangan.Simboliknya, perempuan itu haruslah lelaki lindungi.Paling penting sekali, kedudukan seorang perempuan adalah disisi seorang lelaki.Bukan di atas kepala atau dibawah tapak kaki. Berdekatan dengan rusuk juga ada hati.Simboliknya adalah perempuan jugalah penawar segala racun dan yang paling penting sekali, perempuan itu haruslah lelaki cintai. Kerana rusuk adalah bahagian paling sensitif.Simboliknya, perempuan itu tidak boleh lelaki kasari.Kepada semua lelaki, cuba andaikan, ada seseorang memukul rusuk anda.Pasti sakit bukan?Begitu jugalah perempuan.Seperti mana anda pukul, seperti itulah yang dia (perempuan) rasai.Sakit yang mendatangkan dendam, benci dan sebagainya.Tangan lelaki sebenarnya berbisa. Dan kerana, berdekatan dengan rusuk itu banyak organ-organ penting.Simboliknya, kalau tak ada 'rusuk' tidaklah teguh dan lengkap dalam kehidupan lelaki.Lelaki dan perempuan diciptakan berpasangan dan saling memerlukan.Jangan pernah berkata, No Woman No Cry.Hakikatnya yang sebenar, lelaki perlukan perempuan dan perempuan perlukan lelaki untuk hidup. Hakikat cinta yang sejati itu ialah apabila kita berasa dekat di hati.Biar pun kedudukan rusuk itu jauh dengan mata tetapi rusuk itu sangat hampir dengan hati.Kita merasai kewujudannya.Kita menghela dan menghembus nafas seirama. Adalah tidak adil apabila perempuan itu dikasari, dihina, diagung-agung dan dilupakan.Pun begitu, kepada kaum Hawa, harapnya tiadalah pertikaian sebegini hendaknya.Tak usahlah dipertikaikan lelaki itu..lelaki ini...perempuan itu...perempuan ini...Kita semua sama dan diciptakan atas dasar cinta dan kasih. Paling penting sekali, jangan mempertikaikan setiap kejadian Tuhan.Walau sehebat mana anda (perempuan) sekali pun, letaknya adalah disisi seorang lelaki.Bukan diatas kepala atau dibawah kaki. hurmmmm...... hebatkan ciptaan Tuhan... Hargai la insan yg bergelar perempuan. ibu n isteri seorg perempuan... jgn seksa hati n perasaan seorg perempuan

**dulu, sbb pandangan sebeginilah angah pernah disebut sebagai anti-lelaki. Bukan anti-lelaki, (aktivis wanita kot ;) tapi kadang angah cepat marah dgn keadaan di mana perempuan selalu disebut sebagai 'yang menjadi mangsa'. Angah tak rasa wanita sepatutnya jadi mangsa kalau mampu menggunapakai dengan sebaiknya anugerah Allah yg disebut 'AKAL'. Kita sentiasa boleh membuat pilihan. Siapa yg nak marah kalau kita pilih bahagia dari derita, atau memilih derita dari bahagia?? Pokok pangkalnya bergantung kpd diri sendiri.. setelah berusaha dengan pilihan yg dibuat, serahkan segalanya kepada Yang Maha Kuasa.

No comments:

Post a Comment

Press