Saturday, August 28, 2010

marah, geram

sebab kau mencemar privasiku
kau harus tahu betapa aku menghargai sepi ini
betapa aku mementingkan sepi ini
agar dapat aku hidupkan hati milikku

sebab sepi memberi aku kepuasan
walau tak tahu banyak perkara pasal urusan kamu
yang biasanya remeh
yang biasanya sama sahaja
hal dunia yang sama
hal diri yang dalamnya terkandung takbur
bosan

sepi itu sengsara untukmu
sepi itu rahmat untukku
kerana sepi itu
membantu aku berlepas diri

sepi itu musuh paling kau takut
seolah sepi itu mampu membunuh
tapi ku rela
jika sepi itu bersungguh membunuh
akan kubiar ia menjalankan urusannya
asal saja jiwa kamu tidak diusik
asal saja jiwamu dibiar hidup
untuk memfungsikan kembali
jasadmu yang hampir mati
yang telah gagal membaja hati
yang telah gagal memfungsi diri

kerana tuhanmu,
tidak Dia ciptakan jin dan manusia
MELAINKAN untuk mengabdikan dirimu kepadaNya.. 51:56


24-7-365 untukNya
aku juga belum mampu

Friday, August 27, 2010

dia cuma 11

kesal di hati membawa aku kembali ke sini. geram campur amarah bakal menepis rasional. mujur saja setelah aku tempatkan Kau dlm hati, takutku pd umatMu tiada lagi bersisa. dengan lisan, aku sangat berharap dia setabah ibunya. walau seringkali ibunya sendiri juga tak mampu membela.

darah dan daging yg kamu kongsi dgn saudaramu itu, aku harap dpt membantu kau jadi setabah yg aku harapkan. kerna kau pasti mampu harungi badai ini walau dgn fizikal sehalus kamu. kau punya senjata dan aku bukanlah sesiapa untuk pastikan. dr pandangan hati ini.. aku cuma yakin, kau mampu. 
kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah sekeping daging. 
dan allah maha mengetahui akan segala sesuatu. sampaikan hajatmu kpdNya. Die pasti sampaikan bantuan. dan aku di sini pasti akan membela kamu andai satu hari nnt, akal dan hati mereka tidak lg berfungsi.. ingat sayang, kau sentiasa ada aku..

akan kuhapus airmatamu..

Tuesday, August 17, 2010

New Layout

بِسْمِ ٱللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Layout baru :) ntah cam da serabut ng yg lame.. will definitely miss the old one, cume nk gantikan ng yg baru supaya semangat blogging pun baru.. i mean, biar lagi bersemangat lg, memanfaatkan ruang yg terbentang di depan mata.. peluang apa? buat masa ni biar saya simpan sendiri.. dan harapnya, peluang dan harapan ni dapat jugak saya sampaikan kepada kamu suatu masa nanti.. insyaallah.. :)

2-3 hari ni, aktiviti blog walking pun berkurang sikit, but feel blessed sbb masih ada rakan blogger sudi hadir mengisi trafik blog isb ni.. thank you.. saya bakal sibuk ttp awal lagi sudah memasang niat agar, kesibukan saya nnt tidak akan menjejaskan silah saya dengan rakan². dan semoga diberi keizinan jua utk mengaktifkan kembali silah seusai situasi ini.. amiinnn :)

buat cik syira, awardnya.. sy ambil dan da standby dalam draft.. cume perlu editing sikit before posting. thanks :) it was much, very much appreciated..

special thanks to en. hlmi yang mungkin baru menjadi pelawat blog isb ni.. selamat memberi komen yg bernas.. semoga semuanya dapat manfaat dari apa yg dikongsi, samada dr penulis atau pembaca (&pemberi komen)

sekian, selamat malam ;)

Wednesday, August 11, 2010

Maafkan Aku Dunia Akhirat..

بِسْمِ ٱللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Maafkanlah..
buat kesekian kalinya..

atas segalanya
apa saja dari tingkah, bicara, 
gurauan, pesan, nasihat
yang mungkin saja 
mengguris sekeping hati milik kamu

sungguh
aku cuma sesosok insan
yang sentiasa mencuba
jadi yg terbaik untuk semua
namun batas manusia
penuh khilaf
penuh tiada daya
untuk penuhi semuanya

MAAFKAN AKU..

Salam Ramadhan
Izinkan kami rebut rahsiamu..!

Monday, August 9, 2010

Adik Cuma Tanye Je Ibu..

بِسْمِ ٱللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Katanya.. "cintanya hanya pada ibu.." **di mana pula cintanya pada Allah bu, yang ciptakan ibu dan dia, yang amanahkan adik pada ibu dan dia..?? dia tak berkata benar bu..**



Bile dipikir-pikir
geram, marah, kesal semua ada
malas nak tanye dah
soalan² yang klise tu..
"kenapa..? macam mana..? punca..?"

nak tanya diri pulak
apa aku boleh buat ye?
nak je..
aku wat memo bebanyak..
letak atas tu alamat rumah..
"sape yang tak nak anak, meh post ke sini.."

biar dorang ni berdedai-dedai
datang pakai topeng muke
dalam pekat malam
letak anak-anak tak berdosa,
hasil DOSA korang tu
kt depan pintu rumah..

rutin aku plak lepas tu
tiap pagi dok check brp kuantiti 
amanah Allah yg bakal disiakan
yang aku sendiri mungkin tak mampu jaga

tapi sekurangnya
Alhamdulillah.. hati, akal ni masih berfungsi
susah mana pun, rezeki kita dah ditentukan
allah takkan zalimi hambaNya
kenapa kita sendiri zalimi diri??

manusia ni sangat lemah
mintalah bantuan dari Dia
supaya ditunjuk jln keluar
Insyaallah..
jangan berpaling dari Dia

kalau kita tak mintak..
macam mana Dia nak bagi?

kau susah??
ada yang lagi susah!
tapi kenapa??
kenapa orang lain yg kau mangsakan!!

ops.. ok ok better stop now
emosi sy semakin negatif..
sy da semakin hilang kewarasan..
ya Allah jauhi aku dari api nerakaMu ya Allah...
Aminn.. 

Saturday, August 7, 2010

semua ini milik Allah


بِسْمِ ٱللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


semalam
bertemu empat mata dengan seorang sahabat
yang seawal kali pertama bertemu
dia berjaya memancing hormat saya

semangatnya tinggi
ilmunya luas
matlamatnya jelas
kerjanya, kedengaran cemerlang
dugaannya hebat

saya kira sepanjang hampir sebulan tidak bertemu
dia sukses dengan apa yg diusaha
sy sgt harap dia sukses

tapi allah sayangkan dia
allah sedang beri perhatian kpd dia
kekuatan hatinya diuji
sy kira sangat hebat
tp sokongan dari tiap penjuru
sedang nampaknya membantu dia
*mujur saja pandangan matanya saja yang silap
*syukur hatinya celik

dan yang penting dia pn sedang bantu diri
saya seronok dapat luang sedikit masa bersama dia
kerana situasi dia juga sedang membantu saya
dia mungkin tak perasan
akan tangan ghaibnya sedang membantu saya

dan semalam juga
rasa syukur saya bertambah lagi
kerana ada yang ikhlas perhatikan saya
ops maaf, jauhi saya dr takbur ya Allah
dia sebenarnya memuji Kau ya Allah
dan Kau lebih Mengetahui

setelah berpisah
dia sampaikn satu sms
menjelaskan hal yang satu itu
sambil di akhir ayatnya..
'---- awak cantik!'

Alhamdulillah..
lantas saya balas dengan ayat ini..
'semua ini milik Allah'
jauh disudut hati, aku berbangga (jauhi aku dr api nerakaMu ya Allah)
sangat berbesar hati atas apa yg Kau pinjamkan
semoga aku berhasil menjaganya dengan baik
semoga dapat aku pulangkan yang sepatutnya kepadaMu
Amin..ya Rabb..

Friday, August 6, 2010

..been tagged!

بِسْمِ ٱللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

..by kak yante..

~ 5 Nama samaran (panggilan manja kot..) ..?
  1. Angah
  2. Irnie
  3. Ir
  4. Irn
  5. Ima

~ 5 Tarikh penting dalam hidup saya..
  1. 10 Rabi'ul Akhir 1403H     -->25 Januari 1983, Selasa
  2. 25 Februari 1983    --> buat² tak sure nape leh lekat tarikh ni ;p
  3. 8 Disember 1981
  4. Hari ini.. sangat penting, sbb saya masih merasai hidup dan menilai diri..
  5. _____ --> Purposely left blank untuk tarikh² yang tak muat dimasukkan dalam list :)

~ 5 perkara yg saya buat semalam..
  1. Ke sekolah
  2. Tuition class
  3. Rasa sampel kuih raya Kak Sham
  4. Makan kerang rebus with air asam and sambal belacan kat umah Makcu
  5. Snacking @McD with Kak Siti

~ 5 perkara yg buat saya gembira..
  1. To be able to smile
  2. To be able to forgive
  3. To be able to hold and understand the Quran
  4. To be able to appreciate
  5. To be able to meet YOU..!!

~ 5 tempat percutian idaman saya..
  1. Mekah
  2. Islands
  3. Mountains
  4. Villages
  5. Dreamland

~ 5 sebab jawab soalan ni..
  1. da lama tak kene tag ;p
  2. sebab malam tadi da nekad to post an entry, but then a poem is quite hard, sikit je lagi :)
  3. because i wanted to :)
  4. penghargaan buat kak yante ;) thanks kak..
  5. sharing is caring.. :D

~ 5 kawan utk ditag..
  1. blogwalkers     -->ahha :D aci tak?
  2. dinda yang sangat aku hargai akan wujudnya Surian Lannies :D walau die tak punya blog, sudilah kiranya melayan jemputan kandanya ini.   --> pe kate dinda wat note kt fb dinda tu ;)
  3. mereka yang sudah ditag oleh kak yante    -->sbb most of them are my friends too! zen, aisyah, oya :D
  4. followers blog saya nih    --> yang bilangannya tidakla seberapa ;) you guys are very much appreciated :)
  5. dan kepada siapa saja yg tersalah masuk ke blog suci saya (katanya jaja ;) ini.. you are also welcome..    --> gerak hati anda itu milik Dia Yang Maha Berkuasa atas segala yang di langit dan di bumi..

Monday, August 2, 2010

Signs we refuse to see..

بِسْمِ ٱللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Really love this song.. the story behind the conversion, cried my heart -all out ;) seriously.. i love it.. (so very much) to hear people share their stories about receiving/ being shown the signs.. for (i hope) all those things that made me think/accept them as signs from Allah to me, are for real.. amiinn... ya rabb.. as a born muslim, i admit it that (all these years) i had (may still have) taken so many things about islam FOR GRANTED! Auzubillah.. Forgive me ya Allah..



Press